Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat

Assalamualaikum, hai semua dan salam sejahtera. 

Diharapkan semua pembaca sihat dan sentiasa happy ye.

Ok kali ni saya nak kongsikan resepi kerabu bayam Brazil. 

Sedap ke? Nak tahu kenalah cuba sendiri. 

Opss sebelum tu, bagi yang belum tahu kenapa dipanggil bayam Brazil kerana jenis bayam ini berasal dari Brazil dan Amerika Selatan. 

Dikatakan bayam Brazil ini sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia, cara nak biak pun senang je cuma dengan keratan batang ia mudah hidup. 

Daun bayam Brazil ni agak keras rangup gitu, memang sesuai buat ulam atau dimasak.

 

Khasiat Bayam Brazil Untuk Kesihatan Manusia 

1. Bayam Brazil dikatakan mampu melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan dapat menguatkan tulang. 

2. Spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan melancarkan perjalanan darah. 

3. Bagi mereka yang ingin diet, bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. 

4. Dengan mengamalkan bayam Brazil ini ia dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. 

5. Selain itu ia mencegah anemia, mengatasi masalah gusi meningkatkan kalsium serta mengekalkan stamina. 

Banyakkan khasiat sayuran ini, saya sarankan setiap satu rumah ada tanam bayam Brazil ini walaupun hanya satu pasu saja. 

Kalau tanam banyak tu boleh lah kongsikan dengan jiran-jiran atau dibuat jual, dapat juga menambah pendapatan. Ok kita teruskan dengan resepi kerabu bayam Brazil.

Resepi Kerabu Bayam Brazil Bahan-Bahan 

1. 1 biji cili besar 

2. 6 biji cili padi 

3. Belacan sebesar ibu jari 

4. 1 ulas bawang besar 

5. 1 ekor ikan kembung yang direbus 

6. Garam secukup rasa 7. Gula secukup rasa 

8. Daun bayam Brazil agak-agak 2 genggam 


Cara-Cara Penyediaan 

 1. Tumbuk cili besar, cili padi dan belacan sehingga lumat menggunakan lesung batu. 

 2. Kemudian bawang besar dipotong nipis-nipis. 

 3. Ikan kembung buang tulang dan hanya ambil isi sahaja. 

 4. Daun bayam brazil dihiris sedikit halus. 

 5. Akhir sekali, gaul kesemua bahan-bahan tadi berserta garam dan gula secukup rasa. 

 6. Ok siap untuk disediakan.


 

Hah begitulah rupanya Kerabu Bayam Brazil, simple je kan. 

 SELAMAT MENCUBA ye kawan-kawan.

0 Response to "Resepi Kerabu Bayam Brazil Sedap, Mudah Dan Berkhasiat"

Post a comment