Resepi Masakan Daging Yang Sedap


Resepi Masakan Daging Yang Sedap. Saya jenis terliur kalau tengok masakan daging ni, aduh tak tahan.

Tak dapat nak bayangkan bila gigit daging tu, kenyal-kenyal empuk dengan rempah ratus nya yang meresap ke dalam daging.

Orang utara cakap mercik baq hang..

Ok la tak nak cakap banyak, saya kongsikan kepada anda 3 resepi masakan daging, pilihan saya yang saya ambil dari facebook page Ilham Media.

Sebenarnya banyak lagi resepi berasaskan daging ni, tetapi saya hanya ambil yang saya suka sahaja. Ok jom kita lihat.

DAGING BULGOGI


Bahan-bahan :

  • 350gm daging dihiris nipis
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar bijan disangai
  • 1 pokok daun bawang dipotong halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu kecil serbuk perasa

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.

2. Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.

3. Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.

4. Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.

PAPRIK DAGING


Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo daging potong dan rebus sampai empuk simpan air rebusan
  • 2 senduk besar cili blend kurang kan kalau tak suka pedas
  • 1 senduk besar cili sos
  • 1 senduk besar sos tiram
  • 3 ulas bawang putih di ketuk sahaja
  • Sebiji bawang besar di potong dadu
  • Sebiji bawang besar untuk hiasan
  • Sayur ikut citarasa sendiri
  • Daun limau purut
  • Tomato dibelah 6
  • Cili api dan cili merah untuk hiasan
  • Garam gula dan perasa secukupnya

Cara memasak :

1. Tumis bawang hingga naik baunya

2. Bubuh cili blend di tumis seketika

3. Masukkan cili sos dan sos tiram

4. Masukkan daging dan air rebusan

5. Bubuh sayur dan bahan-bahan yang lain

6. Perasakan secukup rasa

7. Kalau pekat tambah sedikit air


DAGING GORENG THAI


Bahan-bahan :

  • 800gm daging
  • 5 sudu besar biji ketumbar (kisar atau ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk atau hiris halus)
  • 1 sudu besar lada hitam (dikisar atau ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Mentega

Bahan-bahan untuk sos :

  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2 sudu besar gula putih)
  • 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sudu besar air limau nipis
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara memasak :

1. Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

Sumber : Page Ilham media
Alhamdulillah selamat mencuba ye kawan-kawan.

0 Response to "Resepi Masakan Daging Yang Sedap"

Post a comment