Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom


Assalamualaikum semua. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin suasana hari raya pada kali ini agak berbeza sedikit disebabkan covid19 dan kawalan pergerakan. Harap kita semua bersabar mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu kan.

Bagi memeriahkan suasana walaupun menyambut Hari Raya Aidilfitri hanya dikalangan keluarga dan jiran terdekat, apa kata anda mencuba resepi biskut Cornflake Madu dengan Oreo, Almond London Dan Red Velvet.

Sumber resepi ini adalah dari youtube channel Che Nom. Saya memang suka tengok video-video masakan beliau bersih, teratur dan jelas penerangannya. Antara youtube channel berlandaskan masakan yang popular di Malaysia, jangan lupa subscribes ye.

1. Biskut Red Velvet

Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

Bahan-bahan untuk Biskut Red Velvet:

1. ½ cawan /117g mentega
2. ¾ cawan /150g gula kastor
3. 1 biji kuning telur
4. 1 sudu kecil cuka makan
5. 1½ sudu kecil esen vanila
6. 1½-2 sudu kecil pewarna merah
7. ½ cawan /50g hirisan badam
8. ½ cawan /90g coklat cip

Bahan-bahan untuk ayak:

1. 1¼ cawan /160g tepung gandum
2. 1 sudu besar tepung jagung
3. 2 sudu besar tepung beras
4. 2 sudu besar serbuk koko
5. 1 sudu kecil baking powder/serbuk penaik
6. ¾ sudu kecil baking soda/soda bikarbonat

Cara-cara Penyediaan

1. Butter dipotong dadu dan dibiarkan lembut sedikit. Kemudian telur ambil yang kuning sahaja
2. Tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk koko, baking soda dan baking powder di ayak dan ketepikan.
3. Masukkan gula kastor didalam mangkuk
4. Goreng badam tanpa minyak
5. Masukkan butter, gula kastor pukul sehingga kembang dan kuning pucat baru masukkan kuning telur
6. Masukkan cuka, esen vanilla dan pewarna merah ke dalam adunan tadi
7. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan bahan yang di ayak tadi sedikit demi sedikit
8. Bila dah jadi doh masukkan hirisan badam dan coklat chip
9. Rehatkan doh sekejap dalam 10 minit di dalam peti sejuk
10. Kemudian buat bentuk bulat dan tekan sedikit menggunakan garpu
11. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan
12. Siap dan boleh dihidangkan.

NOTA:

1. Hasil biskut dalam 70-80 biji bergantung saiz. Buat bulat kecil diameter anggaran 2cm
2. Bakar pada suhu 160°C, selama 10- 15 minit. Ikut size dan jenis oven. Api atas bawah.
3. Boleh juga nak ganti mentega dengan majerin. Sedap juga rasa biskut nanti (Planta, Pelangi, dsb)
4. Cuka adalah bahan wajib, cuka akan bertindak balas dengan baking soda bagi menghasilkan gas karbon dioksida dan membuatkan biskut naik dengan sempurna. Anda tak akan rasa sangat cuka tu dalam biskut sebab dah campur dengan bahan lain.

2. Biskut Almond London

Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

Bahan-bahan untuk Biskut Almond London:

1. 250g biji badam
2. 100g badam cincang
3. 250g mentega
4. 94g /¾ cawan icing sugar
5. 2 biji kuning telur
6. 250g /2 cawan tepung gandum
7. 200g /⅘ cawan tepung jagung (ATAU 3/4 cawan + 1 sudu besar tepung jagung)
8. 2 sudu besar tepung beras
9. 50g / 1⅓ serbuk kepingan jagung (cornflake) atau boleh ganti serbuk badam
10. 2 sudu besar susu tepung
11. 500g coklat masakan (milk atau dark chocolate compound)
12. 1-2 sudu besar shortening (lemak sayuran)

Cara-cara Penyediaan

1. Mula-mula bakar dulu biji badam dan badam cincang
2. Sediakan doh biskut, kisar halus cornflake
3. Ayak semua tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras. Ketepikan dulu.
4. Telur ambil kuning sahaja
5. Pukul butter, gula icing dan masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit.
6. Dah pukul rata masukkan serbuk cornflake yang dikisar halus tadi dan juga susu tepung.
7. Jika adunan dah sebati boleh keluarkan dan uli sedikit dengan tangan. Kemudian rehatkan doh selama 10 minit
8. Bentuk adunan tadi bulat dan leperkan. Masukkan biji badam ditengah-tengah doh dan tutup rapi
9. Bakar di dalam oven yang dah dipanaskan. Bila dah siap bakar keluarkan dan sejukkan
10. Sediakan cairan coklat, gunakan coklat masakan dan masak dengan kaedah double boil masuk sedikit lemak sayuran
11. Bila coklat dah cair, angkat dan celupkan biskut tadi masukkan ke dalam paper cup dengan berhati-hati
12. Last sekali taburkan badam cincang diatas biskut dan dibiarkan beku

NOTA:

1. Anggaran hasil adalah 125 biji biskut
2. Bakar pada 170 °C selama 10-15 minit, api atas bawah
3. Coklat masakan guna Beryl's (dark atau milk compound Dua-dua boleh)
4. Bakar almond pada suhu 150°C, selama anggaran 10 min. Badam cincang/almond nibs masak lebih cepat dari biji badam/whole almond
5. Boleh ganti majerin (Planta dan sebagainya)

3. Biskut Cornflake Madu Dengan Oreo

Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom

Bahan-bahan untuk Biskut Cornflake Madu:

1. 85g biskut Golden Oreo atau Original Oreo (anggaran 9 keping)
2. 1/8 cawan mentega
3. 1/8 cawan madu
4. 2 ½ cawan kepingan jagung (cornflakes)
5. 50g kurma tiada biji
6. 20g biskut Original Oreo
7. Bijian manik taburan, secukupnya

Cara-cara Penyediaan

1. Patah-patahkan 9 keping biskut golden oreo dan dikisar jadi serbuk kasar
2. Butter potong dan masuk ke dalam bekas, campurkan dengan madu dan masak sampai cair
3. Ramas-ramas cornflake agak sedikit hancur
4. Kurma potong kecil-kecil
5. Masukkan serbuk oreo, madu dan butter cair tadi
6. Masukkan kurma dan gaul sebati
7. Isikan adunan tadi ke dalam paper cup
8. Hias dengan ketulan biskut oreo dan tabur bijian manik.
9. Masukkan ke oven yang dah dipanaskan pada suhu 150'C selama 15 minit
10. Keluarkan dari oven dan biar sejuk. Ok siap.

SELAMAT MENCUBA

0 Response to "Resepi Biskut Cornflake Madu, Almond London Dan Red Velvet Dari Youtube Channel Che Nom"

Post a comment