Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat Disambung Lagi Sehingga 9 Jun 2020


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tamat Khamis ini dilanjutkan sehingga 9 Jun depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk lanjutan PKPB selama sebulan lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

pkpb disambung lagi

"Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020.

"Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya dalam Perutusan Khas hari ini.

PKPB mula dilaksanakan 4 Mei lalu dan kebanyakan sektor telah dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Penetapan PKPB juga menyaksikan tiada lagi larangan perjalanan selepas jam 10 malam atau pergerakan rentas daerah.

Sumber : Sinar Harian


Apa-apa pun kita syukuri saja apa yang baik, dan kita redhai apa pun yang tak menyenangkan.

Semua akan indah pada waktunya. Kalau belum indah, bererti belum waktunya.

Semua yang terjadi ada hikmahnya. Hanya masa akan menunjukkan apa hikmahnya.

Jadi kita harus sabar menunggu masanya.

0 Response to "Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat Disambung Lagi Sehingga 9 Jun 2020"

Post a comment