Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam Sedap Lemak Dan Lembut


Assalamualaikum, hai semua. Bersua kita kembali ye, ok hari ni saya nak share sikit la resepi kuih favourite saya iaitu tepung bungkus. Ermmm nikmat betul kuih ni, tak tahu nak bayang bila dah masuk dalam mulut, perghhh mercik baq hang.

Sebenarnya resepi tepung bungkus pulut hitam ni dikongsikan oleh seorang wanita iaitu Nur Hidayah di dalam facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang juga kenalan saya ketika sekolah rendah dan sehinggalah ke hari ini.

Sebut ja tepung bungkus mesti ramai yang dah tahu sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan mempunyai inti kelapa serta dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Ke ada yang tak kenal kuih ni atau tahu makan ja tapi tak tahu kuih apa, hahaha.

Menurut Nur Hidayah dengan kuih inilah beliau membesar sebab emaknya seorang penjual kuih dan sudah pasti ianya menjadi warisan yang tidak akan ditinggalkan. Ok gais berikut adalah resepi tepung bungkus pulut hitam yang dikongsikan oleh beliau.


Tepung Bungkus Pulut Hitam

Bahan Untuk Inti Tepung Bungkus

1 biji kelapa parut putih
1 ketul gula melaka atau 1 cawan gula merah
1/2 cawan air
2 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan - disimpul

Masak gula, air dan daun pandan sampai gula larut dan sedikit pekat.
Masukkan kelapa dan gaul sehingga sebati.
Tambahkan tepung dan gaul rata.
Dah sejuk buat bulat-bulat macam biji guli. Kemudian ketepikan.

Tepung Pulut Hitam Untuk Balut Inti Kelapa

1 cawan tepung pulut
1/2cawan serbuk pulut hitam
Air ikut kelembutan doh untuk senang kita balut.
Balut inti kepala macam kita buat onde-onde atau buah melaka..

Untuk Kepala Santan (adunan putih atau lapisan lemak)

5 cawan santan pekat
2 cawan Tepung Beras cap teratai
1 sudu kecil garam

Satukan semua bahan sehingga sebati, kemudian masak dengan api sederhana sampai naik wap dan adunan pekat.


Proses Akhir

Layurkan daun pisang (tak payah letak minyak sebab adunan kepala santan dah cukup lemak in shaa allah tak melekat)

Letak adunan kepala santan kemudian ambil 2 ketul inti yang sudah dibalut tepung pulut hitam ditengah-tengah kemudian lipat kemas.

Kukus selama 15 minit dan siap..

Sejukkan dulu sebelum makan kalau tak melekat-lekat kat daun pisang tu.

Ok selamat mencuba ye kawan-kawan. Terima kasih dan happy selalu.

0 Response to "Resepi Tepung Bungkus Pulut Hitam Sedap Lemak Dan Lembut"

Post a comment