Jom Semak Kelayakan Subsidi Petrol (PSP) 2020


Hai semua, korang dah semak ke belum kelayakan subsidi petrol (PSP) 2020. Saya dah semak dah, alhamdulillah layak menerima Rm30.

Bagi yang belum semak saya sertakan petikan berita buat informasi anda. Pastikan anda semak kelayakan anda nanti ok.


Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup, anda mungkin layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan diagihkan bermula Januari 2020.

Semakan kelayakan skim ini boleh dibuat bermula 15 Oktober di portal rasmi KPDNHEP.

Untuk skim bantuan lain, anda boleh rujuk intipati Belanjawan 2020 yang dibentangkan minggu lepas.

Melalui skim ini, bantuan tunai akan disalurkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali.

Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal yang dikira setiap bulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PSP bertujuan bagi menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.

SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020

Melalui PSP terbaru ini, bantuan akan disalurkan hanya kepada golongan layak iaitu warganegara berpendapatan rendah yang sangat memerlukan bantuan tersebut.

Namun penerima BSH perlulah memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1,6000 yang berumur 10 tahun ke atas.

Manakala bagi motosikal pula, kategori yang layak hanyalah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun ke atas.

Program ini dijangka bakal dinikmati oleh 2.8 juta penerima BSH dengan anggaran RM65.4 juta sebulan diperuntukkan.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan Program Subsidi Petrol di portal psp.kpdnhep.gov.my bermula 15 Oktober.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat kelayakan terkini bagi permohonan subsidi Petrol (PSP) ini.

1. Mestilah terdiri daripada penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
2. Memiliki kenderaan berdaftar dan mestilah memiliki lesen kenderaan yang sah
3. Had pemilikan adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja

Kriteria kenderaan yang layak menikmati skim PSP adalah seperti berikut:

Kereta ≤ 1,600cc
Kereta > 1,600cc dan berusia ≥ 10 tahun
Motosikal ≤ 150cc
Motosikal > 150cc dan berusia ≥ 7 tahun
Kadar kelayakan subsidi adalah RM30 untuk kereta manakala RM12 untuk motosikal.

MANUAL SEMAKAN PSP 2020

Untuk semak status kelayakan subsidi petrol ini, anda hanya perlu layari portal rasmi PSP di sini.

Kemudian klik pada butang “Checkbox” seterusnya masukkan nombor MyKad dan klik pada butang “Semak”.

Bagi penerima yang layak, anda perlu kemaskini maklumat akaun bank dengan cara berikut:

PERMOHONAN RAYUAN

Terdapat beberapa sebab kenapa permohonan subsidi petrol anda gagal, antaranya:

KOD01 – Tiada rekod sebagai penerima BSH
KOD02 – Alamat pemohon di Sabah / Sarawak
KOD03 – Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ
KOD04 – Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan
KO05 – Melebihi kelayakan pemilikan kenderaan
Untuk membuat permohonan rayuan bagi setiap kod alasan tersebut, sila klik pada butang “Ingin Merayu” dan isi semula permohonan anda supaya memenuhi syarat kelayakan subsidi petrol 2020.

Sekiranya terdapat persoalan lain, anda boleh hubungi talian hotline PSP di nombor 1-800-886-800 atau melalui WhatsApp 019-278 6356.

Sumber : Semakan Online

0 Response to "Jom Semak Kelayakan Subsidi Petrol (PSP) 2020"

Post a Comment