Petua Tradisional Cara Melegakan Lenguh-Lenguh Badan


Hai semua, ada tak yang sakit atau lenguh-lenguh badan.

Hari ini saya nak kongsikan kepada anda petua tradisional cara melegakan lenguh-lenguh badan. Saya rasa ramai yang dah tahu, tapi takpe la saya ingatkan kembali supaya menjadi amalan buat kita semua.

Berikut adalah petua tradisional melegakan lenguh-lenguh badan:

Bawang merah


Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk.

Dengan kira-kira 6 sudu besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam.

Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang terasa lenguh dan sengal itu.

Lada Hitam


Lada hitam kira-kira 20 biji ditumbuk hingga menjadi serbuk.

Letakkan minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh.

Daun Lengkuas


Daun lengkuas kira-kira 5 helai, daun serai wangi 3 helai, daun kunyit 5 helai dan daun jerangau 5 helai.

Lalu direbus semuanya dalam satu periuk yang besar.

Gunakan air itu untuk mandi pada waktu pagi dan petang.

Halia


Ambil 2 ketul halia kira-kira 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 sudu teh.

Halia diparut dan ditumbuk, letakkan sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan tuang ke dalam gelas.

Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. Minumlah 2 kali sehari.

Serai


Ambil 3 batang serai dan 2 ketul halia berukuran 4cm camtu. Kemudian ketuk bahan tersebut dan rebus dengan 3 gelas air.

Tunggu sehingga agak suam dan minum. Amalkan 3 kali seminggu.

Saya harap ramai yang akan mendapat manfaat bila selalu mengamalkan petua tradisional melegakan lenguh-lenguh badan yang diberikan diatas. Semoga kita semua sentiasa sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan harian kita. InsyaAllah.

0 Response to "Petua Tradisional Cara Melegakan Lenguh-Lenguh Badan"

Post a Comment