Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62

Assalamualaikum semua, hai.

Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Pada tahun 2019 ini kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 62 kalinya.

Tema Hari Kemerdekaan 2019

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2019 ini adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih


Logo di atas menunjukkan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati dihadapan menyatukan mereka.

Ianya membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang pada negara.

Ianya juga menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama disamping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Saya disini mendoakan kesejahteraan negara supaya kita hidup kekal aman dan harmoni. Aaminn.

0 Response to "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62"

Post a Comment