Resepi Kuih Lopes Mudah Dan Ringkas


Hai awak-awak semua, apa khabar?

Saya nak kongsikan pada anda semua resepi kuih lopes yang mudah dan ringkas. Resepi ni asalnya saya ambil dari mak saya.

Kuih lopes ni memang kegemaran keluarga saya, boleh dikatakan setiap bulan ada je menu kuih lopes ni. Boleh dihidangkan tidak mengira waktu, pagi, tengah hari, petang pun boleh.


Ok kita teruskan dengan resepi kuih lopes yang mudah dan ringkas ini. Antara bahan-bahan dan cara penyediaannya seperti dibawah ini ye.

Bahan-Bahan :

1. 1 kilo beras pulut
2. 10 helai daun pandan, amik airnya
3. Kelapa parut (digaul dengan secubit garam)
4. Gula melaka

Cara-Cara Penyediaan :

1. Cuci beras pulut sebersih-bersihnya

2. Daun pandan dikisar dan ditapis airnya. Panaskan pengukus sehingga ia mendidih.

3. Setelah mendidih kemudian masukkan beras pulut, kacau sehingga kering. Kalau tak kacau satgi hangit, padan muka hang. baru hang tau.

4. Tutup periuk biar sampai masak, sejukkan seketika.

5. Angkat pulut dan balut dengan daun pisang. Gulung dan ikat dibahagian hujung.

5. Kemudian rebus sehingga masak.

6. Setelah masak, lopes dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.


Keadaan pulut, masa ni dah gulung dan ikat separuh periuk dah.

Daun pisang tu saya ambil kat belakang rumah, maklum la pokok pisang banyak kat halaman rumah saya.


Hah macam ni la cara gulung dan ikat.

Saya ikat dengan tali rafia ditengah dahulu kemudian baru ikat dihujungnya.

Maaf la ada yang kecik dan besar, bukan apa saya ikut saiz daun pisang tu. Kalau saiz daun besar letak lebih sikit, hihihi ok la tu kan buat makan untuk sendiri dan keluarga.


Untuk buat air gula melaka hanya guna lebih kurang 3 ketul gula melaka dan 3 cawan air sahaja. Masak dengan api yang perlahan sehingga nampak agak pekat. Kemudian angkat dan sejukkan.

Dah siap semua, sedia dihidangkan bersama air gula melaka. Perghhh mercik padu rasanya. Selamat mencuba ok.

0 Response to "Resepi Kuih Lopes Mudah Dan Ringkas"

Post a Comment