Resepi Buah Melaka Mudah, Sedap Dan Lembut

Sebenarnya beragam kuih tradisional di Malaysia ni, antaranya yang popular adalah kuih buah melaka. Cara penyediaannya yang sangat mudah, sedap dan lembut. Pasti memikat hati para penggemar kuih.

Cuba anda bayangkan sebiji kuih apabila digigit terasa kenyal tidak terlalu liat, didalam kuih tu pula ada gula yang akan terpercik meletop didalam mulut. Ermmm terasa nikmatnya.

Itulah kuih buah melaka.


Kuih buah melaka juga dikenali sebagai kuih onde-onde. Kalau orang kelantan memanggilnya " kuih buoh kekoh charr", istimewa betul namanya, hahaha.

Kenapa di kelantan kuih ini mendapat gelaran begitu?

Begini ceritanya buoh disebabkan ia bulat seakan-akan buah, selepas kekoh (gigit) ia terpancut (charr) didalam mulut. Hah begitulah, ok la jom kita layan resepinya.

Resepi Kuih Buah Melaka (onde-onde)

Bahan-Bahan

- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung beras
- 4 atau 5 helai daun pandan dikisar dan ambil airnya, nak pakai pewarna pun boleh
- 1 keping gula melaka dipotong kecil-kecil
- Setengah biji kelapa parut ambil bahagian putih sahaja


Cara-Cara Penyediaan

1. Gaul tepung pulut dan tepung beras dengan air. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh. Masukkan air daun pandan yang telah dikisar tadi.

2. Gaul dengan penuh kasih sayang ok supaya menjadi adunan yang boleh digentel dan tidak melekat ditangan.

3. Ambil adunan sebesar ibu jari jangan terlalu banyak, gentel dan leperkan.

4. Letakkan gula melaka, tutup dan gentel menjadi bulat. Guna tapak tangan je buat bulat baru cantik.

5. Didihkan air dalam periuk.

6. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul dipermukaan air, kemudian biarkan seketika.

7. Gaul dan golek-golekkan kuih tadi dengan kelapa parut sehingga rata.

8. Ok siap untuk dihidangkan.

Ok SELAMAT MENCUBA

0 Response to "Resepi Buah Melaka Mudah, Sedap Dan Lembut"

Post a Comment