Koleksi Ucapan, Pantun Dan Pickup-Line Hari Raya Aidilfitri 2019


Satu kata-kata, ucapan, pantun atau pickup line untuk Hari Raya Aidilfitri pasti memberi impak emosi pada seseorang dan ianya menjadi satu memori indah untuk dikenangkan.

Macam-macam kenangan indah bakal diwarnai bersempena perayaan Hari Raya Aidilftri nanti, daripada sanak saudara, jiran tetangga dan juga kawan lama akan bertaut kembali sinar silaturrahim.

Alhamdulillah.

Disini saya ingin berkongsi kepada anda semua beberapa koleksi ucapan, pantun dan pickup-line untuk Hari Raya Aidifitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Anda boleh dedikasikan melalui sosial media seperti whatsapp, facebook, telegram, twitter, instagram dan lain-lain lagi.

Koleksi Ucapan, Pantun Dan Pickup-Line Hari Raya Aidilfitri 2019

Ucapan Raya

Mata kadang-kadang salah melihat
Mulut kadang-kadang salah mengucap
Hati kadang-kadang salah menduga
Dengan niat tulus ikhlas saya mohon ampun dan maaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga silaturahim diberkati
Allah

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Bening hati dengan zikir
Cerahkan jiwa dengan cinta
Lalui hari dengan senyuman
Tetapkan langkah dengan syukur
Sucikan hati dengan memohon maaf
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Sebelum lidah tak mampu berkata.
Sebelum hati mengeras bagaikan batu.
Aku dan keluarga ingin memohon maaf yang sedalam-dalamnya atas semua salah dan khilaf.
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin

Andai tangan tak saling berjabat
Setidaknya kata masih dapat terucap
Setulus hati ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidul Fitri
Mohon maaf zahir dan batin

Ramadan sudah sampai ke penghujungnya
Sebelum terlupa hajat nak disampaikan;
Sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan
Dan sebelum Network/Line Trafik Jam.
Saya membawa ucapan sebagai tanda ingatan disebabkan
Bicara kadang-kadang tak terjaga.
Janji kadang-kadang terabaikan.
Hati kadang-kadang berperasangka.
Sikap kadang-kadang menyakitkan.
0leh itu maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Hari Raya Aidil fitri mohon Maaf zahir dan Batin..

Pantun Raya

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Katak dalam paya,
Biskut dalam tin,
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Pak Ali hisap rokok Salem,
Rokok dibeli di kedai pakya,
Sebelum line telefon ni problem,
Aku ucapkan Selamat Hari Raya.

Setitik embun dipohon rimbun,
Diatap nipah air tergenang,
Dosa bertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum-detam,
Riang gembira dihari raya.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyinya tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Adilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri.

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Pickup-Line Raya

Saya terlupa pakai sampin hari tu
Kenapa boleh terlupa?
Sebab awak selalu ada disamping saya

Tak sempurna Aidilfitri tanpa kuih
Tak sempurna saya tanpa awak

Tengok anak bulan rasa nak raya,
Bila tengok awak rasa nak kahwin je

Baju raya takyah warna warni sangat.
Eh kenapa plak?
Awak pun dah cukup mewarnai hati saya

You main mercun tak?
Tak la, sebab you dah cun melecun

What's your menu for raya?
Me and U

Awak tak nak duit raya ke?
Tak nak la, saya nak duit hantaran dari awak

Abang, lemang ni sedap makan dengan apa?
Makan dengan abanglah, meh la hihihi.

Asal raya je semua tukar baru,
Tak semua lah.
Apa yang tak tukar?
Hati saya dekat awak

I tak nak makan kuih makmur ni
Kenapa pula!
Sebab kehadiran you dah cukup memakmurkan hati I


Jika nak digambarkan kegembiraan ketika di Hari Raya Aidilfitri, cukup susah nak digambarkan atau diucapkan dengan kata-kata. Begitu indah untuk dirasakan. Terima semua kerana membaca, semoga happy selalu.

0 Response to "Koleksi Ucapan, Pantun Dan Pickup-Line Hari Raya Aidilfitri 2019"

Post a Comment