Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei, Buatkan Pengguna Tidak Senang Duduk


Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei

Google telah menggantung operasi perniagaan bersama Huawei dengan serta-merta sekaligus memaksa jutaan pengguna peranti telefon pintar itu menerima impak dramatik.

Menurut sumber, Huawei akan kehilangan akses kepada kemas kini sistem pengendalian Android.


Selepas ini, telefon pintar Huawei versi luar China akan kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular termasuk aplikasi Google Play Store dan Gmail.

Ini bermakna tiada lagi kemas kini keselamatan Android untuk peranti yang baru dan lama termasuk model yang baru dilancarkan iaitu P30 dan P30 Pro, Mate 20 Pro dan banyak lagi.

Google mengambil tindakan berkenaan selepas pengumuman Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada Rabu lalu yang meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sumber : Buletin TV3

0 Response to "Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei, Buatkan Pengguna Tidak Senang Duduk"

Post a Comment