3 Jun 2019 Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal


Tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tak sabar rasanya dan tarikh melihat anak bulan Syawal telah pun ditetapkan.

Tarikh melihat anak bulan Syawal adalah pada petang Isnin, 3 Jun bersamaan 29 Ramadan 1440 Hijrah, menurut kenyataan daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan tarikh sambutan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio serta televisyen.


Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor:

Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram di Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak di Kota Bharu, Kelantan;

Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis;

Esplanade Luak di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu di Bintulu, Sarawak; dan Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan serta Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan, Sabah.

Sumber - Bernama

0 Response to "3 Jun 2019 Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal"

Post a Comment