BERJALAN : Senaman Mudah Tingkatkan Kecergasan


Berjalan adalah aktiviti mudah, mampu elakkan rapuh tulang

Hai semua, salam cinta kasih dari saya abam kacak, hihihi. Aktiviti riadah yang paling menjimatkan adalah dengan berjalan kaki.

Setuju tak!!

Ramai yang setuju, nampak mudah tapi malasssss. Betul tak!!!


Berjalan kaki adalah satu senaman yang paling mudah untuk meningkatkan kecergasan diri dan memberi banyak manfaat pada sistem tubuh badan kita.

Alaaa buat kat kawasan rumah atau di taman pun boleh, terpulang ikut keselesaan anda ok.

4 Manfaat Dari Aktiviti Senaman Berjalan Kaki

Kesihatan Mental

Senaman berjalan ini dapat mengekalkan emosi gembira dan membantu menangani masalah kemurungan, selain meningkatkan memori otak.

Berjalan memberikan kita inspirasi dan mencetuskan kreativiti dengan membuatkan anda lebih bertenaga. Senaman ini juga membantu badan dan minda anda mendapat tidur yang lebih sempurna.

Proses berjalan secara berterusan meningkatkan kesihatan tulang dan melindungi daripada serangan tulang rapuh atau osteoporosis.

Mengekalkan Berat Badan Ideal

Mulakan dengan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berjalan pada waktu lapang. Duduk rumah saja tanpa melakukan aktiviti fizikal seharusnya perlu dielakkan. Jangan asyik tidur dan main handphone je.

Lakukan aktiviti ini pada waktu petang. Berjalan kaki akan membakar kalori, mengekalkan berat badan seimbang dan membantu menurunkan berat badan.

Selain itu usaha ini juga membantu jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dan membuatkan darah anda berjalan dengan lebih lancar.

Baik Untuk Sistem Kardiovaskular

Orang yang sentiasa kekal aktif mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dengan memberi jantung anda senaman.

Berjalan kaki membantu mengekalkan sistem kardiovaskular yang sihat dengan mengurangkan kolesterol.

Untuk pengetahuan anda, kolesterol terbina di dalam aliran darah kerana gabungan makanan yang tidak sihat dan kurangnya senaman.

Mengurangkan Risiko Diabetes

Banyak kajian yang dilakukan mendapati senaman berimpak rendah secara berterusan seperti berjalan kaki ini dapat membantu badan mengawal paras insulin yang juga komponen terpenting mengurangkan risiko diabetes.

Memandangkan kadar penyakit diabetes ini yang semakin meningkat, penting untuk anda memilih gaya hidup yang sihat. Senaman ringan seperti berjalan kaki ini juga adalah yang terbaik bagi menghindari penyakit diabetes.

Mengurangkan Rasa Stress

Rutin berjalan kaki dapat mengurangkan dan mencegah stress.

Ketika anda berjalan kaki atau bersenam, tubuh anda melepaskan hormon endorfin yang membuatkan anda merasa lebih baik, nyaman, tidak cepat cemas atau depresi.

Selain itu berjalan kaki juga dapat memperbaiki mood anda serta membuatkan anda tidur lebih nyenyak.

5 Fakta Berjalan 10,000 Langkah

1. Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)

2. Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah

3. Secara purata 1minit = 100 langkah

4. Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggarannya akan mengurangkan 64 gram lemak.

5. Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai biasa kita perlu berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. (Bagi individu yang mempunyai berat badan 70kg)

Teknik-Teknik Berjalan Dengan Betul

Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.

1. Tegakkan postur badan. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.

2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.

3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.

4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.

5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.

6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.

7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Kesimpulannya, manfaatkanlah senaman berjalan kaki ini sebaik-baiknya, tak kena duit pun hanya luangkan sedikit masa saja. Jangan malas-malas ok semoga bermanfaat ye.

0 Response to "BERJALAN : Senaman Mudah Tingkatkan Kecergasan"

Post a Comment