Resepi Dan Cara-Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphh Meletup

Kenapa bibir merah-merah ni, pedas ekk


Hai semua. Sebut je sambal belacan mesti dah terbayang ishhh cicah dengan ikan bakar sedap ni, cicah ulam-ulaman pun sedap. Arghhhh lapar plak.

Kalau makan dikedai ada yang masin, ada yang terlebih belacan atau sebagainya. Ada je yang tak kena dengan tekak anda sendiri.

So, apa kata anda buat sendiri sambal belacan. Kalau buat banyak tahan 2,3 hari ataupun buat je nasi goreng sambal belacan, selesai...

Ok kali ni saya nak kongsikan resepi sambal belacan yang umphhh meletup baq hang. Sekali rasa mesti nak lagi.


Bahan-Bahan Untuk Buat Sambal Belacan

1. 15 biji cili padi
2. 3 biji cili merah besar
3. 1 atau 2 sudu makan gula
4. Air perahan limau kasturi atau perahan air asam jawa
5. 2 inci belacan
6. Sedikit perasa


Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphhh

Kat sini saya tidak menggunakan blender, saya lebih suka gunakan batu tumbuk. Jika gunakan blender ia akan jadi sedikit halus. Perghhh agak tradisional kan, hihihi.

Ok mula-mula masukkan cili padi dan cili besar, tumbuk slow-slow ye, kang nanti mercik kena mata pedih tau.

Kemudian masukkan gula 1 atau 2 sudu makan gula, sedikit perasa dan sedikit belacan. Nak lagi best belacan tu dibakar hingga keperangan. Tumbuk sehingga agak lumat ye.

Last masukkan air perahan asam jawa, dalam 3 atau 4 sudu besar camtu, terpulanglah ye. Gaul sehingga rata, ok dah siap.


Sambal belacan sesuai dimakan dengan ulam-ulaman kampung, kari, ikan bakar, pelengkap rasa pada nasi goreng dan sebagainya.

Aduh saya kalau tak ada sambal belacan memang agak kurang berselera nak makan. Korang pula macam mana?

Ok la jangan tak cuba resepi dari saya ni ye. Adioss..

0 Response to "Resepi Dan Cara-Cara Buat Sambal Belacan Yang Umphh Meletup"

Post a Comment