Ayat Pickup Line Untuk Lelaki Cair


Disebabkan ramai yang mencari ayat pickup line untuk lelaki, so saya buat artikel ini. Bukan lelaki saja nak tackle perempuan dengan ayat pickup line ni, tapi perempuan pun nak juga cuba.

Baca juga: Ayat Power Pickup Line

Mungkin mereka saja nak seronok-seronok dan menguatkan lagi hubungan, tak gitu!

Selalu saya tengok untuk pikat perempuan je, pening juga la nak cari atau buat sendiri ayat pickup line untuk buat lelaki cair ni, al maklum la saya ni lelaki dan tak berapa kreatif sangat bab mengayat ni, hahaha. So, pickup line ni saya kutip dari twitter dan telegram.


Ok kat bawah ni saya share ayat pickup line buat lelaki atau bakal boyfriend korang bertambah cair, korang pilih la yang mana berkenan. Kadang-kadang bila baca tu dia datang sendiri idea nak buat ayat, so jadikan bacaan ni sumber idea untuk korang ok. Jom kita lihat.

Awak tak payah lah nak cakap i love you ke i miss you ke sebab saya dah boring dengar semua tu

Habistu awak nak saya cakap apa?

Satu je saya nak dengar " Saya terima nikahnya".

Awak ada pensil tak

Ada nak buat apa?

Saya nak lukis wajah hakim rayyan

Ehh, sapa hakim rayyan tu

Bakal anak kita nanti ahhh.

Awak nampak barang saya tak.

Barang apa?

Barangkali ku mencintaimu.

Awak ada surat khabar tak?

Ada, nak buat apa?

Nak cari jawatan kosong untuk menjaga hati awak.

Awak ni doktor ke?

Ye kenapa

Sebab saya nak mintak tolong awak checkkan hati saya. sebab hati saya berdebar bila jumpa awak.

Hai nama awak adam ke?

Oh hai. iya saya adam kenapa ye.

Saya dah lama cari awak

Carik saya, kenapa ye?

Nama saya hawa, erm kalau awak adam, sayalah hawanya ehh.

Kenapa awak tak call nak datang rumah

Dah call pun

Mana takde pun misscall dekat handphone ni

Dah call dalam hati awak, tak kan tak dengar, cia cia cia

Maaf bang, tumpang tanya, abang orang sini ke?

Ye saya, kenapa ye

Saya dari tadi cari jalan tak jumpa

Oh ye ke, awak nak ke mana?

Nak ke hati abang la.

Boleh tolong tak?

Tolong apa.

Tolong pura-pura jadi BF saya.

Sampai bila?

Sampai awak lupa yang kita hanya pura-pura.

Awak jangan la senyum macam tu

Eh kenapa plak?

Saya takut nanti senyum awak tu melekat dihati saya.

Awak ada facebook tak?

Takde

Twitter, Istagram ke?

Takde juga

Habis apa yang awak ada?

Saya hanya ada awak dalam hati saya

Ok la tu je, eh korang kalau ada pickup line yang best-best lagi power jangan lupa share kat komen ok.

0 Response to "Ayat Pickup Line Untuk Lelaki Cair"

Post a Comment