Resepi Viral Donut Pintal Gebu

Asssalamualaikum semua, hai kali ni saya nak kongsikan resepi best dari rakan facebook saya iaitu donut pintal gebu. Saje je bagi nama donut pintal gebu sebab berpintal-pintal dan gemuk-gemuk tengoknya. Cantik sangat bila dah siap goreng.

Sesuai sangat dimakan pada waktu pagi atau minum petang bersama seisi keluarga. Ok jom kita tengok bahan-bahan dan cara pembuatannya.

Berikut adalah bahan-bahan membuat donut pintal gebu:

1. 2 peket mauripan
2. 1 kilo tepung gandum cap sauh
3. 4 sudu besar gula (dibancuh dengan mauripan)
4. 2 biji telor
5. 2 sudu besar marjerin
6. 4 sudu susu pekat manis
7. Secubit garam


Ermmmm tak tahan tengok gebu sangat, hihi.

Menurut kata tuan punya resepi, donut gebu ini terletak pada cara penggunaan atau kaedah penyediaan mauripan.

Macam mana tu? Hah tengok gambar dibawah ye.


Apa yang diperlukan disini adalah bekas air atau jug yang ada penutup ok.

2 peket mauripan cap gunung yang berwarna kuning dibancuh dengan 400ml air suam, kemudian masukkan 4 sudu besar gula.

Kacau sehingga sebati dan tutup jug. Biarkan selama 10 minit.


Eh eh apa yang berlaku, inilah kejadiannya apabila dibiarkan selama 10 minit.

Jangan panik, itulah tanda donut anda akan gebu-gebas walaupun dah sejuk.


Ok, dibahagian ini apa yang diperlukan adalah 1 kilo tepung gandum, 2 sudu besar marjerin, 2 biji telor, 4 sudu susu pekat manis dan secubit garam.

Gaul kesemua bahan tersebut dengan mauripan yang kembang tadi sampai jadi doh. Boleh tambah sedikit air jika anda rasa adunan tadi tak cukup menjadi doh. Gaul sehingga doh tidak melekat di tangan dan jangan terlalu lembik.


Beginilah kejadiannya. Nampak tidak melekat kan.

Ok, proses seterusnya anda perlu tutup doh tersebut.


Anda boleh guna kain atau plastik untuk menutup doh yang diuli tadi.

Boleh lihat gambar diatas, tutup lebih kurang 15 minit.


Jeng jeng jeng, mak aih kembang semangkuk, hihi.

Dah jadi macam ni, kena tumbuk-tumbuk atau cucuk-cucuk untuk keluarkan angin. Owhh macam tu, ilmu mahal ni.


Cucuk-cucuk je dengan jari untuk keluarkan angin.

Kemudian uli semula ok.



Ok ni cara pintal, golek-golek bagi panjang kemudian pintal seperti gambar diatas. Dihujungnya nanti anda temukan ye.

Nak bentuk bulat ke apa pun boleh terpulang kepada kreativiti anda.



Ok ni lah rupanya bila dah siap menggoreng, tak tahan tengok kan. Buat anda yang tiada idea nak buat apa tu bolehlah mencuba resepi ini ok.

0 Response to "Resepi Viral Donut Pintal Gebu"

Post a Comment