Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?

Hai, hai, hai semua mau relax ok. Anda seorang perempuan, apa hadiah yang boleh buat anda rasa terharu. Lelaki wajib tahu ni, supaya kekasih, isteri, dan ibu bertambah sayang dengan anda. Tak gitu.!

Selalunya kira tengok hadiah hari jadi, hadiah ulangtahun perkahwinan, hadiah persahabatan dan sebagainya. Sebenarnya pemberian hadiah tiada hari tertentu, bila-bila masa sahaja boleh bagi asalkan penuh ikhlas, kasih sayang dan sebuah kejutan.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?

Memberi hadiah pada seseorang terutamanya perempuan, adalah kerana wujudnya kasih sayang dan perhatian penuh ihklas padanya. Jadi buat lelaki anda perlu tahu apa orang yang anda kasihi mahukan. Sebuah hadiah yang boleh membuatkan seorang perempuan itu berasa terharu, teruja boleh menangis baq hang.

Dan sebenarnya, saya pun tak tahu sangat apa hadiah yang boleh buatkan seorang perempuan rasa terharu ni. Al maklum la tiada pengalaman. Jadi saya dapat idea untuk bertanya di laman sosial facebook tentang perkara ni. Mari kita tengok apa kata mereka.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Hadiah yang boleh buat terharu apabila ada sentuhan hasil tangan si pemberi dan khas untuk i seorang no sharing. Gituuuhh. Maknanya hasil tangan pemberi itu sendiri macam kek ke, lukisan ke, kraftangan ke dan dituju khas pada dia sahaja. Dahsyat tu.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Kejujuran sebab orang sekarang setia tu pun belum tentu nak jujur lagi lah. Hadiah kejujuran ye, pengalaman banyak cara komen ni kan.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Ucapan yang ikhlas dari hati dan romantik, so sweet. Cukup ringkas manja ni, hari-hari bagi ucapan paling romatik dan ikhlas ok. Hahaha


Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Apabila husband tolong buat kerja rumah, basuh kain pakai tangan, masak. Terharu sangat. Bagus ni ringankan beban orang perempuan.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Kalau saya bagi bunga coklat yang digubah dah rasa happy, sweet sangat. Hah nampak yang ni senang je. Coklat dah la sweet bertambah-tambah sweet la.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Bagi masa untuk berehat dan tidur seharian dalam bilik tanpa gangguan tu hadiah yang paling terbaikkk. Hah nampak kena bagi masa untuk berehat kadang-kadang tu letih melayan anak-anak dan buat kerja rumah.

Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?


  • Ikhlas perhatian dah cukup la, tetapi perempuan sekarang berbeza, susah nak jangka hadiah yang macam mana dia suka. Hah ni betul juga.


Ok itulah sebahagian dari komen-komen dan jawapan dari rakan-rakan facebook saya. Terima kasih buat anda semua. Jadi hadiah apa yang ingin anda berikan pada seorang perempuan yang boleh membuatkan dia berasa terharu? Fikir-fikirkan..

0 Response to "Anda Seorang Perempuan Apa Hadiah Yang Boleh Buat Anda Rasa Terharu?"

Post a Comment