5 Kebiasaan Pada Waktu Pagi Yang Boleh Buatkan Tubuh Anda Menggendut Tanpa Anda Sedari

5 Kebiasaan Pada Waktu Pagi Yang Boleh Buatkan Tubuh Anda Menggendut Tanpa Anda Sedari

Adehhh kalau bab gemuk, gendut, buncit memang leceh betul, selalu je kena perli dengan rakan-rakan. Lagi teruk buat kerja sikit dah penat, pakai baju pun nampak tak smart, tepi perut tu terbonjol keluar hah. Bila solat plak rasa tak selesa masa tahiyat akhir, sangkut perut orang kata.

Anda dah jaga makan, dah berdiet dan dah berolahraga. Tapi kenapa berat badan tetap tidak mahu turun, kat mana silapnya?


Anda mungkin tidak menyedari apa yang anda selalu buat pada waktu pagi dan ia berkemungkinan menyebabkan tubuh anda menggendut atau bertambah gemuk walaupun sudah menjaga makan dan berolahraga. Ok mari kita selami lebih dalam penyebabnya.

1.Anda sering bangun lewat siang

Hah ni antara faktor utamanya. Anda pun tahu bahawa kurang tidur boleh menyebabkan berat badan bertambah. Namun terlalu banyak tidur juga memberikan efek yang sama. Kajian mengatakan bahawa mereka yang tidur lebih dari 10 jam per hari memiliki efek BMI yang lebih tinggi daripada mereka yang tidur selama 7-9 jam per hari.

2.Anda tidak mengemas tempat tidur

Mereka yang rajin mengemas tempat tidur cenderung tidur lebih nyenyak di malam harinya. Dan saat anda tidur nyenyak, metabolisme jadi lancar sehingga anda terhindar dari kegemukkan.

3.Anda tidak menimbang berat badan

Kegiatan menimbang berat badan di pagi hari adalah cara sederhana untuk mengawal berat badan. Ini akan membuatkan anda lebih semangat dan berdisiplin menjaga tubuh badan anda. Jadi, jangan malas melakukannya ya.

4.Anda membiarkan keadaan bilik dalam keadaan gelap

Anda membiarkan bilik anda dalam keadaan gelap dengan cara menutup tirai juga penyebab pada peningkatan berat badan. Sebab mereka yang mendapatkan sinar matahari pagi memiliki BMI yang lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tidak mendapat sinat matahari pada waktu pagi.

5.Anda sering melewatkan sarapan pagi

Sesibuk apapun anda di pagi hari, jangan lewatkan sarapan pagi. Kerana kebiasaan melewatkan sarapan akan membuatkan penambahan berat badan. Sarapanlah dengan makanan yang sihat dan bukan dengan makanan yang sedap.

p/s : Hal diatas mungkin nampak mudah dan remeh, tapi kenapa sukar nak dilaksanakan. Jadi anda harus mempunyai semangat yang kental dan konsisten menjaga rutin harian anda bagi mengelakkan tubuh badan menjadi gendut dan gemuk. Bila badan sihat, otak pun cerdas nak buat apa-apa kerja pun mudah.

Semoga bermanfaat pada anda semua, terima kasih kerana membaca.

0 Response to "5 Kebiasaan Pada Waktu Pagi Yang Boleh Buatkan Tubuh Anda Menggendut Tanpa Anda Sedari"

Post a Comment