Manfaat Buah Kurma Dan Bijinya


Assalamualaikum, Hai semua. Seperti kita sedia maklum buah kurma memang tidak asing lagi dan sinonim dengan bulan puasa. Buah kurma berasal dari negara timur tengah dan rasanya yang lazat serta manis.

Ada ke yang tak suka makan buah kurma?


Berikut adalah Manfaat Buah Kurma Dan Bijinya yang perlu kita tahu.

Manfaat Buah Kurma

Sekarang mari kita lanjutkan dengan pembahasan mengenai manfaat buah kurma untuk kesihatan manusia. Ini penting dan harap dibaca baik-baik.

1. Mencegah gout

Siapa yang menyangka kalau buah yang berasal dari Timur Tengah ini punya kemampuan untuk mencegah terjadinya penyakit gout? Ini kerana buah kurma mengandung banyak mineral yang penting untuk kesihatan terutama tulang dan otot. Makan 15 buah kurma setiap hari dapat memenuhi keperluan tubuh akan mineral penting seperti kalsium, kalium, magnesium, sulfur dan boron.

2. Serat terbaik untuk usus

Usus yang bekerja terus menerus harus dibersihkan dari sisa-sisa makanan supaya kerjanya kembali optimal. Dan sisa-sisa makanan yang menempel pada dinding usus tidak menimbulkan penyakit. Serat adalah salah satu zat yang berfungsi membersihkan usus. Kurma mengandung serat larut dalam bentuk pektin yang lebih banyak dibanding buah-buahan lain. Selain itu, serat yang terdapat pada buah yang belum matang juga berfungsi sebagai prebiotik yang mendukung pertumbuhan bakteria baik yang sangat diperlukankan oleh sistem pencernaan.

3. Mencegah kanser otak

Buah kurma mengandung mineral yang cukup tinggi dan kaya. Diantaranya magnesium, sulfur, potassium, kalsium dan boron yang berfungsi juga untuk pencegahan kanser otak. Dengan pengambilan 15 butir buah kurma setiap hari, anda sudah boleh memenuhi hingga 80% keperluan magnesium dan 70% sulfur.

4. Sebagai sumber tenaga

Selain sumber serat yang baik, kurma juga merupakan sumber tenaga yang efektif. Dengan pengambilan 100 gram buah kurma segar, anda dapat memenuhi keperluan tenaga harian hingga 12 hingga 15 persen. Jika anda mengambil kurma kering, kandungan antioksidannya menjadi berkurang. Kurma merupakan sumber tenaga instan, sehingga sangat baik diambil oleh orang pada saat berbuka puasa.

5. Sumber antioksidan

Seperti yang sudah disebutkan di atas, kurma merupakan sumber antioksidan yang sangat bagus. Dimana fungsi antioksidan sendiri melindungi tubuh dari radikal bebas yang dapat menyebabkan kanser. Secara tidak langsung, pengambilan buah kurma juga membantu diri anda terhindar dari risiko berbagai jenis kanser. Zat-zat fitokimia yang terdapat pada kurma antara lain polifenol, sterol, tanin, dan karoten.


6. Menjaga kesihatan jantung

Kurma merupakan buah yang kaya akan kandungan kalium. Seperti yang kita tahu salah satu fungsi kalium adalah menjaga kesihatan jantung dan pembuluh darah kerana dapat menstabilkan denyutan jantung, mengaktifkan otot-otot jantung, dan melancarkan tekanan darah.

7. Mencegah risiko stroke

Risiko stroke boleh dikurangi hingga 40% dengan cara pengambilan kalium sebanyak 400 mg/100 gram per hari. Keperluan kalium tersebut boleh dipenuhi dengan menggambil minimal 5 butir kurma basah setiap hari. Jika anda ingin mendapatkan jumlah yang lebih banyak boleh mengambil jus dari buah kurma yang berada di pasaran. Namun, pastikan keasliannya dengan membeli di tempat-tempat yang dipercayai dan dapat dipertanggunjawabkan.

8. Melancarkan pencernaan

Kurma memiliki kandungan serat larut dalam buah masak dan serat tak larut dalam buah yang belum masak. Jika serat larutnya berfungsi membersihkan saluran pencernaan, maka serat tak larut ini bertugas sebagai pendukung perkembangan prebiotik baik yang sangat diperlukan untuk membersihkan sistem pencernaan yang juga melancarkan proses buang air besar.

9. Bagus untuk penyakit darah tinggi

Ada yang bertanya adakah buah kurma bagus untuk penderita tekanan darah tinggi atau hipertensi? YA.. Perlu diketahui bahawa kurma juga rendah natrium namun tinggi akan kalium yang jumlahnya meningkat seiring tingkat kematangannya sehingga sangat bagus diambil oleh penderita hipertensi.

10. Mencegah anemia

Anemia atau kurang darah seringkali dialami oleh wanita apalagi yang sedang dalam masa kehamilan. Lalu apakah kurma ini baik jika diambil oleh ibu hamil? Tentu. Bahkan buah kurma punya kemampuan untuk mencegah anemia. Kandungan zat besi dan kalsium pada kurma berperanan dalam pembentukan sel darah merah. Itulah salah satu manfaat kurma bagi wanita hamil.

11. Meningkatkan daya ingat dan kerja otak

Manfaat buah kurma yang selanjutnya adalah untuk meningkatkan daya ingat dan juga meningkat gerak kerja otak. Hal ini kerana kandungan kalium yang tinggi pada kurma dapat melancarkan perjalanan oksigen ke otak dan keseimbangan tubuh.

12. Mencegah insomnia

Insomnia atau kesulitan untuk tidur tepat pada waktu kerapkali diderita oleh orang-orang yang sibuk di zaman moden ini.Kesannya, keseimbangan tubuh akan mulai terganggu kerana sistem metabolisme yang tidak teratur. Kandungan vitamin B3 dalam buah kurma dapat membantu anda mengurangi gejala insomnia.

13. Bagus untuk penderita diabetes

Selain bagus diambil oleh penderita tekanan darah tinggi, kurma juga bagus diambil oleh penderita diabetes. Kurma mengandung karbohidrat sederhana iaitu glukosa dan fruktosa. Glukosa adalah karbohidrat yang sudah siap serap dan memerlukan insulin dalam penyerapannya. Sedangkan fruktosa adalah gula yang terdapat dalam buah-buahan. Untuk masuk ke dalam sel, fruktosa tidak memerlukan insulin, dengan demikian kurma bagus bagi penghidap Diabetes Melitus (DM).

14. Bebas lemak jenuh

Kurma merupakan buah dengan kandungan serat yang baik dan tidak memiliki kandungan lemak jenuh. Jadi jangan takut menjadi gendut akibat pebgambilan buah kurma secara rutin.

15. Membantu perkembangan otot

Siapa yang menyangka kalau salah satu manfaat buah kurma adalah membantu perkembangan otot? Hal ini kerana kurma segar memiliki kandungan protein yang lebih besar dibanding dengan buah-buahan yang lain. Dalam buah kurma juga terkandung lysine yang berfungsi sebagai stimulan otot untuk berkembang. Nah, kandungan lysine pada kurma ini jauh lebih besar dibanding buah-buahan lain. Namun, kandungan protein pada kurma kering sudah mengalami penurunan dibanding versi segarnya. Jadi, jika nak lebih manfaat kurma sebagai pembantu perkembangan otot, gunakan kurma segar.

16. Mencegah penggumpalan darah

Buah ini juga kaya akan kandungan asam salisilat yang berfungsi mencegah penggumpalan darah dan mengendalikan tekanan darah. Darah yang menggumpal sangat berbahaya pada kesihatan kerana dapat menyebabkan risiko stroke dan penyakit jantung.

17. Manfaat kurma untuk kulit

Selain mencegah penggumpalan darah, asam salisilat pada kurma juga bermanfaat untuk kecantikan kulit. Dalam dunia kecantikan, asam salisilat juga digunakan untuk membersihkan kulit dari berbagai masalah seperti jerawat, bintik-bintik hitam dan minyak berlebihan.

18. Manfaat kurma lainnya

Selain kandungan-kandungan yang sudah disebutkan di atas, kurma juga mengandung mineral seperti fluor yang bagus untuk melindungi kesihatan dan kekuatan gigi. Kandungan selenium pada kurma juga membantu menjaga sistem kekebalan tubuh. Keterangan lain menyebutkan bahawa kurma juga memiliki khasiat untuk menyembuhkan gatal-gatal, masuk angin, keputihan, sakit perut, sakit kepala dan migrain, membantu meningkatkan kesuburan, hingga menghangatkan tubuh.

Tahukah anda bukan isi buah kurma saja yang mempunyai khasiat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Anda pernah dengar kopi biji kurma?

Tidak susah kerana kopi biji kurma ini anda boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah.

Bagaimana cara membuat kopi dari biji kurma?

Sebenarnya nak buat kopi dari biji kurma ni tidak la susah sangat, lebih kurang sama macam buat kopi biasa. Ok di bawah adalah cara-cara pembuatan kopi dari biji kurma

1. Siapkan secawan biji kurma yang telah dicuci bersih.

2. Ratakan di dalam dulang dan jemur sehingga kering 2 atau 3 hari.

3. Apabila sudah kering, goreng biji kurma tersebut tanpa minyak hingga warna berubah kehitaman dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk dan blend sehingga halus seperti kopi biasa.

5. Ok dah siap, bancuh dengan air panas dan 1 sudu gula. Kurangkan manis ye.

Khasiat Biji Kurma Untuk Kesihatan

1. Sebagai penambah tenaga pada tubuh badan.

2. Bersifat sebagai anti-diabetes yang berfungsi untuk menekan guladarah agar tidak naik.

3. Menghangatkan badan yang berguna untuk mengatasi masuk masalah angin dalam tubuh.

4. Mengatasi sakit kepala, pening-pening, dan migrain.

5. Mencegah hipertensi kerana mampu melancarkan perjalan darah dalam tubuh.

6. Menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

7. Dapat meringankan nyeri ketika sakit perut.

8. Mencegah tubuh tidak cepat letih dan lesu.

9. Mencegah dari terkena stroke.

10. Bersifat menenangkan kerana dapat mengatasi sistem saraf yang tegang.

11. Bersifat sebagai anti-kanser yang berguna untuk menghalau tumbuhnya sel kanser dalam tubuh.

12. Mencegah gatal-gatal pada kulit.

13. Mengatasi keputihan dan menghilangkan bau yang tidak sedap pada organ kewanitaan.

14. Mengembalikan kelembapan kulit

15. Menguatkan rambut

16. Melancarkan sistem pencernaan dan mencegah sembelit.

17. Mencegah anemia atau kekurangan darah.

18. Mengembalikan kekuatan tulang dan gigi sehingga terhindari dari osteoporosis.

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja boleh diminum, serbuk biji kurma ini boleh juga dibuat scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan sedikit madu sebelum disapukan.

Jika anda mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma campurkan dengan sedikit minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah berkesan dan hasil yang menakjubkan.


Ok semoga bermanfaat pada semua, terima kasih kerana membaca.

0 Response to " Manfaat Buah Kurma Dan Bijinya"

Post a comment