9 Cara Untuk Kurus Dan Atasi Masalah Perut Buncit Secara Semulajadi


Mau relax jangan terburu-buru nak kurus.

Baik lelaki ataupun perempuan melakukan olahraga merupakan salah satu cara yang terbukti berkesan untuk menghilangkan lemak di perut secara cepat dan semulajadi.

Selain itu, faktor pemakanan juga harus dijaga. Bukan sahaja kita nak kempiskan perut tapi kita nak juga mempunyai kesihatan yang sihat.

9 Cara Untuk Kurus Dan Atasi Masalah Perut Buncit Secara Semulajadi

9 Cara Untuk Kurus Dan Atasi Masalah Perut Buncit Secara Semulajadi


1. Latihan Kardio

Latihan kardio merupakan salah satu jenis latihan yang melibatkan hampir semua anggota tubuh seperti berlari, berenang, dan lainnya.

Dengan melakukan kardio, otot-otot di tubuh kita bekerja mulai dari otot betis, otot paha, otot punggung, otot perut, bahu dan lengan.

2. Senaman Yoga

Senaman Yoga merupakan olahraga yang memusatkan pada kekuatan, kelenturan, dan pernafasan. Penelitian di India membuktikan yoga sangat membantu menghilangkan gas berlebih di perut, sehingga melancarkan pencernaan dan menghilangkan lipatan di perut.

Melatih serta menyelaraskan tubuh dan fikiran supaya lebih rileks akan memacu tubuh mengeluarkan hormon yang akan membantu proses pembakaran lemak dalam tubuh secara efektif.

Mulailah berlatih yoga selama 10-20 minit setiap hari agar tubuh dapat melakukan sistem metabolisme dengan maksimal.

3. Sit-up dan push-up

Sit-up dan push-up memang dah jadi kebiasaan pada mereka yang selalu menjaga bentuk badan. Tapi ramai yang malas nak buat, anda harus melakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimal.

Lakukan 10 kali sit-up dan 10 kali push-up. Dah agak selesa dan rasa boleh buat lebih naikkan bilangannya setiap harinya. Hal ini akan membantu anda mengecilkan perut dalam waktu yang singkat kerana cara ini dapat menghilangkan lemak di perut.

Melakukan sit-up dan push-up di pagi hari sangat bermanfaat kerana terasa mudah kenyang dan control selera makan kita.

4. Minum teh hijau

Teh hijau terkenal akan banyak khasiatnya. Sejak dulu teh hijau dipercaya menjadi salah satu cara untuk menurunkan berat badan dan mengecilkan perut yang efektif.

Untuk mendapatkan manfaatnya secara maksimal, minumlah teh hijau dengan teratur sebelum anda makan. Dan pastikan pula anda meminumnya tanpa gula. Dengan meminumnya sebelum makan, outomatik akan membuat perut anda terasa lebih kenyang saat makan, dan tentu saja mengurangi pengambilan makanan anda.

Teh Hijau dapat melancarkan metabolisme tubuh, termasuk metabolisme lemak, sehingga akan membantu menghilangkan lemak pada tubuh. Selain itu teh hijau kaya akan anti oksidan yang bermanfaat untuk mencegah kanser dan menurunkan kadar kolestelor jahat dalam tubuh.

5. Minum Teh Limau Nipis

Tidak hanya harus menggunakan teh hijau, anda juga oleh menggunakan teh biasa yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Minum sebagai rutin harian anda

6. Minum air halia bersama madu

Madu memang terkenal memiliki banyak khasiat untuk mencegah dan mengubati banyak penyakit. Madu juga mampu mengecilkan perut yang buncit kerana madu mengandung zat yang akan membakar lemak tubuh secara tak langsung.

Manakala halia pula, secara semulajadi mampu mengawal nafsu makan, sehingga anda merasa tidak terlalu lapar.

Cara membuatnya pun cukup mudah. Campurkan 3 sudu madu dan 2 hirisan halia ke dalam gelas serta air panas. Biar sehingga suam dan minumlah 2 kali sehari.

7. Memperbanyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan rendah lemak dengan sedikit kandungan kalori dan tinggi serat.

Kandungan serta yang tinggi ini akan membantu mengikat air sehingga pencernaan dapat berlangsung lebih baik agar dapat melarutkan lemak.

8. Kurangkan makanan dengan kadar gula yang tinggi

Makanan yang kadar gulanya tinggi akan meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan lemak dalam abdomen yang banyak.

Insulin adalah hormon yang merangsang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. Oleh itu kurangkanlah makan makanan yang bergula tinggi.

9. Jangan makan lewat malam menjelang tidur

Salah satu penyebab perut buncit seperti yang telah dijelaskan di atas adalah makan sebelum tidur. Oleh kerana itu hindarilah makan sebelum tidur kerana makanan memerlukan waktu 2 jam untuk diproses.

Tidak adanya aktiviti sebelum tidur hanya akan membuatkan kalori yang masuk diubah menjadi lemak dan bukannya energi.


Amalkan cara-cara yang diberikan ye, sekian terima kasih.

0 Response to "9 Cara Untuk Kurus Dan Atasi Masalah Perut Buncit Secara Semulajadi"

Post a comment