Cara Buat Racun Organik Daun Semambu, Bawang Putih Dan Daun ketum


Cara Buat Racun Organik Daun Semambu, Bawang Putih Dan Daun ketum

Anda mungkin tidak pernah membayangkan daun semambu, bawang putih dan daun ketum boleh dibuat racun organik. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah tentang perosak pada tanaman bolehlah cuba kaedah ini. Jimat dan mudah pembuatannya.


1.Racun organik bawang putih.

Bahan:

-200 gram bawang putih
-500 ml minyak masak
-Blend kedua-dua bahan.
-Bahan yang dah dikisar tadi dimasak dengan kaedah double boiling
-masak dalam 2-3 jam

2.Racun organik daun semambu

Bahan:

-Daun semambu segenggam
-500 ml minyak masak
-Blend kedua-dua bahan.
-Bahan yang dah dikisar tadi dimasak dengan kaedah double boiling
-masak dalam 2-3 jam

Cara penggunaan:

-20 ml / 20 liter air
-Tambah 20 ml sabun cecair.
-Cara semburan bawah daun dan atas daun.

3. Racun organik daun ketum

Daun ketum bukan sahaja boleh dibuat ubat, jika penggunaan dengan betul tapi awas sekiranya berlebihan boleh menjadi racun pada badan yang boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang dan sebagainya. Ada 3 cara korang boleh dapatkan ekstrak untuk dijadikan racun organik daun ketum.


Langkah pertama:

1. 30 - 40 helai daun ketum pastu blender dengan 2 liter air
2. Hasil blender tapis airnya. Boleh dicairkan sehingga 10 liter air..
3. Lepas tu boleh la sembur kat pokok

Langkah kedua

1. 30 - 40 helai daun ketum pastu blender dengan 2 liter minyak
2. Masak guna double boiling selama dua jam
3. Tapis hasil masakkan daun ketum tersebut
4. Boleh digunakan pada pokok dengan kadar 10ml daun ketum + 10ml sabun + 10 liter air.
5. Sembur dekat pokok

Langkah ketiga

1. Mintak saja dekat kaki yang dok minum ketum tu. Selalunya bancuhan dia ada campur yang benda bukan-bukan.. Kompem kaw..hihihi

2. Kemudian sembur pada pokok

Selamat mencuba.

Sumber dari facebook : Nur Amirul Nur Azmi

0 Response to "Cara Buat Racun Organik Daun Semambu, Bawang Putih Dan Daun ketum"

Post a comment