Alasan Kenapa Cincin Pernikahan Ditaruh Di Jari Manis


Alasan Kenapa Cincin Pernikahan Ditaruh Di Jari Manis


Kadang-kadang apabila kita melihat seseorang memakai cincin pada jari manis kita pasti menduga orang tersebut telah memiliki pasangan, sama ada bertunang atau sudah menikah.

Dan kenapa cincin selalunya dipakai pada jari manis?


Cuba anda pratikkan

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dimasuk ke dalam (lihat pada gambar).

2. Kemudian, 4 jari yang lain ditemukan pada hujungnya.

3. Ok sekarang, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan.

4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.

7. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana anda menaruh cincin perkahwinan anda, anda akan heran kerana jari tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Sumber : Najla Najwa

0 Response to "Alasan Kenapa Cincin Pernikahan Ditaruh Di Jari Manis"

Post a comment