Tanaman Pokok Bunga Kertas (bougainvillea) Sebagai Penyeri Laman

Pokok bunga kertas atau nama inggerisnya bougainvillea memang tidak asing lagi buat pencinta pokok bunga hiasan. Ia telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika yang sangat popular dan sering di tanam di laman rumah serta kawasan perumahan sebagai penyeri laman.

Tanaman Pokok Bunga Kertas (bougainvillea) Sebagai Penyeri Laman

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Kini pokok bunga kertas menjadi pilihan ramai kerana bunganya yang berwarna-warni, mudah dijaga, dan tahan lama sehingga melebihi 20 tahun jika dijaga dengan baik.

Terdapat pelbagai spesies pokok bunga kertas diseluruh dunia dan ada juga yang membuat kacukan atau kahwin dari spesies asalnya. Pokok bunga kertas yang dikahwinkan akan menjadi pelbagai bentuk dahan dengan bunga yang berlainan warna.

Sudah tentunya ia akan menjadi berwarni-warni dan kelihatan cantik apabila berbunga kelak. Selain itu, pokok bunga kertas juga menjadi pilihan peminat bonsai kerana bentuk akarnya yang unik dan pelbagai bentuk.

Tanaman Pokok Bunga Kertas (bougainvillea) Sebagai Penyeri Laman

Cara Tanam Dan Pembiakan Pokok Bunga Kertas

Keratan Batang

Secara umumnya terdapat tiga jenis keratan batang iaitu:
  1. Keratan batang berkayu lembut
  2. Keratan batang berkayu sederhana
  3. Keratan batang berkayu keras
Keratan batang mengambil masa beberapa minggu untuk berakar dan ianya juga bergantung pada kelembapan medium. Kelembapan boleh dikekalkan dengan menyiram atau dengan hanya menutup bekas semaian dengan botol plastik.
  • Potong sejengkal setengah atau 10 sentimeter dari bahagian pucuk iaitu bahagian yang berkayu lembut.
  • Buang semua daun atau tinggalkan sedikit daun dihujung
  • Rendam keratan atau basahkan bahagian bawah keratan
  • Celupkan bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar
  • Akhir sekali tanam keratan ke dalam tanah

Cantuman Baji

Antara pembiakan pokok bunga kertas yang yang popular adalah dengan cantuman baji. Ini kerana para peminat pokok bunga kertas mesti mencuba teknik cantum(kahwin) pokok supaya pokok bunga kertas mengeluarkan pelbagai jenis dan warna yang menarik dari sepohon pokok.

Tetapi bukan semua cantuman berjaya, peratusan berjaya hanya sekitar 40%, kegagalan proses cantuman baji mungkin disebabkan teknik yang salah, faktor cuaca, kelembapan dan sebagainya. Elakkan membuatkan cantuman pada waktu tengah hari ye.

Alat-alat untuk membuat cantuman baji :
  1. Cutter
  2. Pisau halus
  3. White tape
  4. Plastik aiskrim

Teknik Stim

Teknik stim adalah salah satu cara mudah bagi menanam pokok bunga kertas. Ianya bertujuan bagi mengekalkan kelembapan semasa proses pertumbuhan. Ditanam dengan keratan batang juga akan tetapi dibahagian atasnya ditutup dengan botol plastik yang dipotong separuh.

Tips Penjagaan Pokok Bunga Kertas

  1. Semasa pokok itu membesar, bolehlah lakukan pemangkasan untuk kekal segar, cepat dan lebih lebat.
  2. Pokok yang cukup matang boleh didedahkan pada sinaran matahari sepanjang hari.
  3. Pokok bunga kertas akan tumbuh lebih subur jika ditanam di atas tanah berbanding di dalam pasu disebabkan keupayaan akar mencari nutrien untuk pertumbuhan pokok lebih baik.
  4. Bunga kertas tidak suka tanah yang lembap dan bertakung, maka tanah perlu bersaliran baik supaya mudah dijaga serta lebat berbunga. Selalunya tanah campuran seperti tanah merah bakar dicampur dengan pasir sungai.
  5. Letakkan baja yang sesuai untuk pertumbuhan dan bunga yang lebat, 2 minggu sekali.

Tanaman Pokok Bunga Kertas (bougainvillea) Sebagai Penyei Laman

Ini baja yang saya guna pada pokok bunga kertas saya, baja ferti 53

Jom indahkan laman rumah anda dengan pokok bunga kertas

0 Response to "Tanaman Pokok Bunga Kertas (bougainvillea) Sebagai Penyeri Laman"

Post a comment