Pentingnya Membangunkan Personal Branding


Perkataan "Personal Branding" memang tidak asing lagi pada masa kini terutamanya pada pemilik perniagaan, golongan profesional, dan juga orang perseorangan. Apa yang pentingnya membangunkan personal branding ini. Mari kita hayati bersama.

Apa Itu Personal Branding:

Personal Branding adalah sebuah proses menggali keunikan pada diri kita dan kemudiannya memasarkan diri atau imej dalam perniagaan, pekerjaan, pergaulan kepada audiens yang tepat.



Penting atau tidak?

Terpulang pada anda, tapi ia sangat berguna untuk mengembangkan diri, meningkatkan karier dan lebih sukses dalam menjalankan sesuatu pekerjaan. Namun secara sederhana, Personal Branding adalah suatu persepsi, kesan atau pendapat seseorang mengenai diri kita.

Adakah anda sudah memiliki Personal Branding?

Antara cara yang paling senang untuk mengetahuinya adalah dengan bertanya pada diri sendiri

"Aku ingin dikenali sebagai apa?"
"Apa keunikan pada diri aku yang tiada pada orang lain?"
"Bagaimana orang lain mengenal aku?"

Jika anda dah ada jawapan bagi semua persoalan itu maka teruskan untuk membangun Personal Branding.






Langkah-Langkah Membangun Personal Branding

1. SIAPA ANDA

Ambil sekeping kertas dan tuliskan apakah kemahiran anda? Apa yang membuatkan anda menonjol dari orang lain? Apakah nilai manfaat yang anda boleh bagi pada orang ramai? Pilih kata-kata yang positif, jujur dan asli.

2. KEMAHIRAN KHAS

Apa kemahiran atau bakat anda. Pertimbangkan bagaimana brand anda, dan mengapa orang memilih anda lebih daripada orang lain?

Anda mungkin jurusolek, pakar komputer, pemuzik atau artis.

Jika anda tidak dapat memikirkan kemahiran yang khusus anda, maka belajar lah! Mengambil kelas yang akan membantu anda memperbaiki kemahiran anda dan mengembangkan niche anda.

3. TULISKAN BIO ANDA

Tulis bio ringkas tapi nampak profesional. Bio anda mungkin termasuk pendidikan, anugerah yang anda terima, dan mungkin juga beberapa kepentingan peribadi anda.

Penjenamaan peribadi tidak hanya berlaku profil media sosial anda. Menulis bio dalam penjenamaan boleh memastikan bahawa reputasi anda mengikuti anda di mana sahaja anda pergi.

4. GAYA PENULISAN

Gaya penulisan anda berdasarkan pengalaman. Gunakan emosi, perkataan yang baik, gambar yang menarik dan bercerita untuk membina brand anda. Jangan menulis perkara yang tiada kaitan dengan brand anda.

5. BUAT BLOG ATAU FACEBOOK PAGE

Buat blog atau facebook page dan gunakan rangkaian sosial yang lain untuk membina ekosistem anda. Buat kandungan yang padu benar dan tulus ikhlas serta membangunkan personal branding anda.

6. KOMUNIKASI

Jadilah sebahagian daripada perbualan, komen dan berkongsi kandungan orang lain. Jangan terlalu berdiam diri dan memikirkan tentang diri anda sahaja, sesekali berkomunikasi lah dengan orang lain, ia akan membuat anda lebih ramah, dipercayai dan diminati ramai.

Kelebihan Personal Branding.

1. Mendapat rasa hormat dari orang-orang di sekitar anda dan juga di laman sosial.

2. Orang ramai akan berasa kagum dan rasa terinspirasi dari apa yang anda lakukan.

3. Jika didalam perniagaan, anda akan mendapat kepercayaan yang lebih dari pelanggan.

4. Membuat ada lebih fokus pada visi diri anda

5. Personal branding akan secara tidak langsung menjadikan anda memiliki jiwa pemimpin.

Kesimpulan

Personal branding itu sederhana tapi. bukannya mudah, dimulai dengan apa kelebihan anda dan bukan apa kelemahan anda.

Sekarang bukan zamannya lagi untuk malu-malu untuk menunjukkan bakat dan potensi anda sendiri. Caranya, mulailah dengan personal branding.

7 Responses to "Pentingnya Membangunkan Personal Branding"

  1. Best sharing. Mohon izin ambik sedikit info utk posting ye awak

    ReplyDelete
  2. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value. Im glad to have found this post as its such an interesting one! I am always on the lookout for quality posts and articles so i suppose im lucky to have found this! I hope you will be adding more in the future... branding agency

    ReplyDelete
  3. Thank you, I’ve been searching for information about this subject matter for ages and yours is the best I’ve located so far. branding design los angeles

    ReplyDelete
  4. Whoah this weblog is great i love studying your articles. Keep up the great work! You know, many people are searching around for this info, you could aid them greatly. los angeles branding

    ReplyDelete
  5. Hi there, May I grab your image and implement it on my web log? top branding agencies los angeles

    ReplyDelete
  6. Would you folks have the facebook enthusiast internet page? We looked for one on tweets but could not really discover one, I would like to turn into an admirer! branding agency la

    ReplyDelete
  7. I don’t like your template but your posts are quite great so I will check back! Also i can’t join to your rss feed! Any ideea why? branding agencies nyc

    ReplyDelete