Resepi Meletup Ayam Grill Kemboja

Alhamdulillah, hari ni nak kongsi satu resepi lama,hehehe. Rugi kalau korang semua tak mencuba, nak lagi best apabila berkumpul bersama keluarga masak la ayam grill kemboja ni, fuhhh meletup gitu. Ok jom kita tengok cara-cara penyediaannya.


Bahan-bahan untuk perap :

  • Ayam, pilihlah bahagian mana yang korang suka kemudian basuh dengan air asam jawa.
  • Pastu masukkan serbuk kunyit, sedikit garam dan gula.
  • Paprika (serbuk lada)
  • Cinamon (serbuk kulit kayu manis)
  • Sos maggi stok
  • Sos ikan

Agak-agak je bahan tu, ikut kuantiti seekor ayam ke, dua ekor ayam ke terpulang pastu gaul sama rata dan perap dalam 15 minit atau lebih. Sambil-sambil tu korang bolehlah potong bahan-bahan yang lain. Sambil potong sambil nyanyi, korang ada ke nyanyi sambil masak, hihi janji happy masa memasak ye, jangan sampai hangus sudah la. Tengoklah seperti gambar di atas, senang je kan.


Bahan-bahan Penyediaan

  • Bawang putih yang dirincik halus
  • Sedikit potongan halia
  • 1 atau 2 biji tomato
  • 2 biji ubi kentang (gaul-gaul dengan lebihan air perap tadi)
  • 2 biji bawang besar
  • 1 atau 2 helai daun limau purut
  • 1 biji cili besar
  • Bahan tambahan ni ada jagung dan fishball, tak ada pun tak apa


Ok dah boleh mula memasak, masukkan sedikit minyak dah agak panas masukkan bawang putih untuk menumis, ermm menusuk hidung baunya. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Korang boleh guna grill pan atau pun tempat bakar yang lain ye, selalu je buat ikan bakar guna gril pan ni.


Kemudian korang masukkan jagung dan ubi kentang, bila dah agak lembut masukkan semua bahan-bahan penyediaan tadi. Gaul-gaul sehingga rata dan alihkan ayam supaya semua bahagian masak sepenuhnya. Kalau korang guna oven lagi senang masukkan je kesemua bahan-bahan tadi.


Tengok tu, dah masak dah, mudah dan ringkas je kan. Ok tinggal nak masuk pinggan je ni, tak sabar rasa. Korang kalau ambil gambar hantar whatsapp kat suami, pasti dia terliur dan tak sabar nak rasa masakan isteri, hahaha.


Ok dah siap ayam grill kemboja, hiaskan dengan daun bawang atau daun sup dan boleh la dihidangkan bersama keluarga tercinta. Semoga bermanfaat, cuba jangan tak cuba ye.

Jangan lupa baca juga Resepi Ikan Cencaru Bakar

0 Response to "Resepi Meletup Ayam Grill Kemboja"

Post a Comment