Manfaat Dan Keburukan Fidget Spinner

Fidget spinner antara permainan yang unik dan menjadi fenomena baru pada masa kini dikalangan kanak-kanak, para remaja malah pada orang dewasa. Ada dikalangan pemain fidget spinner ini mengatakan ia boleh menghilangkan rasa bosan dan juga stress. Namun ada manfaat dan keburukan bermain fidget spinner ini.

Sebelum itu kita kenal dulu maksud fidget iaitu gelisah atau kebosanan serta tindakan pergerakan secara tidak sedar yang dilakukan seseorang atas sifat gelisah dan kebosanan tadi.


Disebabkan itu saya pun terasa ingin mencuba dan merasai sendiri permainan ini. Masa menaip artikel ni memang saya tengah memegang spinner milik saya yang dibeli dengan harga rm10 sahaja, lihat gambar di atas. Ok la tu kan, buat apa beli mahal-mahal hanya ingin merasai nikmat permainan ini saja.

Cara bermainnya begitu mudah, hanya memegang pada bahagian tengah dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk saja serta memutarnya dengan jari tengah. Kalau susah sangat guna tangan sebelah lagi.

Fidget spinner ni bukanlah suatu permainan yang salah dan jika digunakan dengan baik ia akan memberi kesan yang baik pada diri kita. Ada beberapa manfaat antaranya:

Manfaat Bermain Fidget Spinner

Lebih Fokus

  • Bermain fidget spinner ini dikatakan mampu melatih seseorang lebih fokus dan memberi tumpuan atas sesuatu kerja.

Melatih Otak Kanan Dan Kiri

  • Gerakan fidget yang teratur ini mampu merangsang otak kanan dan kiri serta meningkatkan kemampuan untuk belajar.

Melancarkan Peredaran Darah

  • Permainan ini juga seperti latihan ringan untuk melancarkan peredaran darah dalam badan.

Mengisi Masa Lapang

  • Daripada membuat perkara tak berfaedah, melepak dan lain-lain. Permainan ini dapat mengisi masa lapang anda dan menghilangkan rasa bosan.


Keburukan Bermain Fidget Spinner

Bahaya

  • Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis dan bentuk yang pelik serta tajam. Amat merbahaya jika ia digunakan ketika pergaduhan atau bergurau senda kerana ia boleh menyebabkan luka.

Ketagihan Bermain

  • Walaupun ia digunakan untuk kanak-kanak yang hilang tumpuan, tetapi ia juga boleh menyebabkan ketagihan bermain. Boleh dibawa ke mana-mana, tidak mengira tempat dan waktu serta leka dengan keseronokan.

Komponen Mudah Tertanggal

  • Terdapat komponen fidget yang mudah tertanggal pada bahagian utama dan boleh mendatangkan kecederaan.

Buat ibubapa yang anaknya memiliki fidget spinner ini, perlulah memberi pengawasan dan perhatian pada mereka agar tidak disalahgunakan. Ok, terima kasih kerana membaca.

0 Response to "Manfaat Dan Keburukan Fidget Spinner"

Post a comment