12 Tanda-Tanda Lelaki Serius Dalam Hubungan

Adakah dia sebenarnya serius dan memberi perhatian pada anda? Kalau dia sudah berani menyatakan cinta dan dia seharusnya lebih memberi perhatian. Kadang-kadang anda tak perasan atau kurang memperhatikan tanda-tanda seorang lelaki itu serius dalam hubungannya.


Bukan senang nak cari lelaki yang serius dan betul-betul sukakan anda, tapi kalau dah nampak tanda-tanda seriusnya itu hargailah dia.

Untuk mengetahui tanda-tanda lelaki itu serius dalam hubungan anda haruslah lebih teliti. Bukan sekadar tutur kata, perlakukan bahkan bahasa tubuh pun anda harus peka menilainya.

Ini 12 Tanda-Tanda Lelaki Serius Dalam Hubungan

1. Dia selalu bersembang tentang masa depan hubungan dan dia sangat risau dan takut akan kehilangan anda.

2. Ketika anda sedih, dia akan ada disamping anda dan membuatkan anda kembali tenang

3. Jika dia tak suka anda berpakaian seksi, sebabnya dia tak nak lelaki lain memerhatikan anda

4. Sesibuk mana pun dia, dia akan selalu hadir untuk anda.

5. Dia selalu memberi semangat dan dorongan untuk mencapai impian anda

6. Bila dan sayang kecantikkan tak punya erti apa-apa bagi dia

7. Di saat tak terduga, dia akan memberi kejutan manis untuk anda. Tetiba bagi hadiah ke apa ke

8. Kadang-kadang seperti perempuan juga, kuat merajuk. Maka pujuklah dengan baik kerana dia juga inginkan perhatian dari anda

9. Dia tak suka melihat anda dalam kesusahan atau berada dalam masalah, dia akan cepat-cepat membantu.

10. Ketika berjalan berdua, dia akan menyamakan rentak berjalannya dengan anda.

11. Dia membuktikan cintanya melalui perlakuan, bukan dari kata-kata semata-mata

12. Dia selalu mencari jalan dan membuatkan anda terhibur serta tertawa.


Akan tetapi cara seseorang lelaki memberikan perhatiannya dalam suatu perhubungan adalah berbeza. Bahkan setiap orang mempunyai karakter dan keperibadian yang tersendiri, terpulang pada anda untuk menilainya.

Baca Juga Ciri-Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Perlu Tahu


0 Response to "12 Tanda-Tanda Lelaki Serius Dalam Hubungan"

Post a Comment