7 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

Assalamua'alaikum semua. Buat wanita bagaimana nak kembali langsing selepas bersalin? Dah dapat baby comel dan bahagia apabila bergelar seorang ibu, tetapi terselit perasaan bimbang badan akan bertambah naik. Tubuh badan yang langsing memang menjadi idaman setiap wanita, bukan sahaja cantik tapi mengelakkan dari datangnya pelbagai penyakit.

Sabar, mau relax jer jangan putus asa. Amalkan tips yang saya bagi ni InsyaAllah boleh kurus dan langsing.
Hehehe. Semangat mau ada.

Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

7 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin

Relax dan Santai

Untuk kembali langsing bukanlah semudah yang disangka. Tubuh badan anda telah melalui perubahan besar selama 9 bulan ketika hamil, jadi janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dengan cepat.

Ianya memerlukan sedikit waktu, bersemangat dan bersabar, so santai dan mau relax jer.

Ambil Protein

Anda boleh cuba ayam atau ikan. Sebagai contoh seperti ikan salmon merupakan Omega 3 yang terbukti dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Minum Banyak Air

Air dapat melancarkan fungsi organ dalam tubuh badan. Minum banyak air amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu sistem pencernaan dan dapat mengurangkan nafsu makan anda.

Makan Sedikit Tapi Kerap

Jangan menunggu terlalu lapar baru nak makan. Nanti anda akan makan dengan kuantiti yang banyak. Makanlah selalu tetapi hanya makan dengan kuantiti yang kecil dan sajian yang penuh khasiat.

Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin akan membuatkan anda tetap kenyang lebih lama.

Bersenam dan Banyak Bergerak

Dah habis pantang tu, banyakkan bersenam atau jalan-jalan. Ala senaman ringan je jangan berat sangat. Bawa baby keluar jalan-jalan sekitar rumah tu kira senaman juga tu.

Menyusukan Bayi

Ibu yang menyusukan bayi akan dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar sehingga 500 kalori atau lebih setiap hari.

Memakai Bengkung

Dengan memakai bengkung anda boleh mengempiskan perut dan kembali langsing seperti sedia kala. Terdapat pelbagai jenis bengkung di pasaran, pilihlah yang sesuai dengan anda. Pemakaian bengkung mestilah konsisten, jangan hangat-hangat tahi ayam je.

Amacam ok tak, biasa la kalau wanita selepas bersalin tu akan memiliki punggung yang lebih lebar dan saiz pinggang yang yang lebih besar. Jangan melakukan diet yang terlalu ekstrem, memang boleh kurus cepat tapi nak gemuk pun cepat. Tanamkan sikap positif pada diri anda dan tujuan anda menurunkan berat badan adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Ok la, semoga bermanfaat kepada semua

0 Response to "7 Tips Kembali Langsing Selepas Bersalin"

Post a Comment