Ciri-Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Perlu Tahu

Ciri-Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Perlu Tahu, opss sebelum kita pergi lebih jauh jom kita kenal dulu apa maksud "playboy". Playboy bermaksud kaki perempuan, lelaki yang suka berfoya-foya, memang suka mengorat perempuan, berpura-pura dalam cinta, ramai kekasih dan banyak lagi la. Korang pun memang dah faham kan.


Fuhhh bahaya playboy ni, apa yang depa syok sangat tak tahu la. Tapi kebanyakkannya membuatkan wanita marah, tertipu dan menyakitkan hati kerana terjerat dengan lelaki playboy yang hanya menjadikan mereka sebagai peneman dikala sunyi.

Ramai yang cakap playboy ni kebanyakkannya dari lelaki yang kaya dan hensem lagi kacak. Jangan silap ye, lelaki playboy ni tak semestinya hensem, macho dan sado. Rupa paras yang biasa-biasa, muka pecah pun boleh jadi playboy kalau kena gaya dan cara.

Bagaimana nak tahu seorang lelaki itu playboy?

Khusus buat wanita, anda perlu tahu ciri-ciri lelaki "playboy"..!!

Ramai Kawan dan Teman Wanita

Tudia yang ni memang ciri-ciri wajib seorang playboy, kaki perempuan katakan mesti la ramai kawan wanita. Mereka susah nak setia ada ja nak tukar ganti teman wanita, mereka buat macam tukar baju. Hahaha dahsyat betul. Buat wanita jangan terkejut atau hairan kalau lelaki jenis ini dikenali ramai wanita termasuk kawan-kawan anda sendiri.

Majoritinya Kaya, Hensem dan Macho

Memang tak dinafikan lagi kebanyakkan lelaki playboy ni mempunyai rupa paras yang hensem, berduit, jaga penampilan, orang cakap lelaki maskulin katakan. Ada juga lelaki playboy rupa yang kurang hensem tapi ayat power baq hang. Sebelum hubungan korang menjadi lebih serius selidik dulu, kaji dan kenal dalam-dalam. Jangan mudah terpikat ok.

Mulut Manis dan Pandai Berkata-Kata

Ramai wanita terjerat dengan kata-kata manis. Lelaki playboy ni memang mudah mesra, pandai berkata-kata. Kalau bab pujuk rayu ni memang wanita boleh cair la. So, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis, pujuk rayu dan puji-pujian bagai. Mau relax jer, kasi uji dia sikit.

Seorang Yang Suka Berahsia

Kalau korang try nak tengok handphone mesti dia tak bagi, siap kunci ada password semua. Memang la handphone ni privasi untuk kita, tapi ada rahsia dan kebenaran disebaliknya. Ada ketam disebalik batu, ada aku disebalik hatimu. Cewahhh ayat playboy plak, huhuhu. Kalau bab aktiviti harian plak ada ja menipu. bila ditanya pergi main futsal, padahal keluar dating dengan wanita lain. Takut kantoi hantar gambar tengah main futsal kat whatsapp sebagai bukti, tu pun gambar 2 tahun lepas punya.

Tidak Menjawab Panggilan Telefon dan Ada Dua Nombor Telefon

Yang ni selalu buatkan wanita marah, call tak jawab, mesej pun tak balas mula la wanita tu nak merajuk. Buat lelaki playboy kes kecik je ni, pelbagai alasan boleh bagi, ayat-ayat power sikit cair la wanita tu. Ada yang pakai dua handphone, satu untuk personal satu lagi untuk pikat wanita-wanita lain. Akal banyak playboy ni pandai pusing juga.

Gemar Bercakap Lucah

Sesetengah lelaki playboy memang gemar bercakap lucah atau bersembang tentang seks, adakalanya lawak dan adakalanya serius bagi mencapai keseronokkan dalam hubungan. So, hati-hati.


Apa lagi ye, cukup la kot. Nanti ramai wanita diluar sana takut pula dalam mencari pasangan hidup. Kesimpulannya hindarilah dari lelaki yang bercirikan seperti diatas, kenal dan selidik sebaik-baiknya sebelum menjalankan hubungan yang lebih serius. Sekian, terima kasih

0 Response to "Ciri-Ciri Lelaki Playboy Yang Wanita Perlu Tahu"

Post a Comment