Panduan Untuk Blogger Baru Supaya Menjadi Blogger Yang Mantap

Assalamua'laikum semua. Jujur saya cakap, saya baru setahun jagung dalam dunia penulisan blog ni. Orang cakap kurang berpengalaman, hihi. Tapi tak salah kan kita berkongsi ilmu, tips dan panduan supaya menjadi blogger yang mantap terutama sekali buat blogger yang masih baru. Apa yang saya tulis di bawah ini adalah hasil dari apa yang pernah saya lalui dan pelajari.

Panduan Untuk Blogger Baru Supaya Menjadi Blogger Yang Mantap

Apa Itu Blog?

Pecah peluh kalau orang tanya apa itu blog? Pening juga nak jawab dan terangkan ni terutama pada orang yang baru nak mula berblog. Tapi saya cuba terangkan juga la serba sedikit mengikut cara saya sendiri. Blog berbeza dengan website dari segi fungsi, rekaan dan platform. Kebanyakkkan fungsi utama blog adalah memudahkan orang menulis catatan peribadi di internet atau lebih dikenali sebagai personal blog. Catatan peribadi ni umpama sebuah diari kehidupan dan seseorang itu menulis apa yang terjadi serta apa yang dilakukannya setiap hari.

Pada masa kini blog memiliki pelbagai fungsi bukan saja sebagai catatan peribadi bahkan juga sebagai tempat memperluaskan ilmu pengetahuan, tempat untuk menjalankan perniagaan, berkongi informasi seperti petua, resepi, pelancongan, berita dan sebagainya.

Bagaimana Persediaan & Permulaan Menulis Blog

Tujuan menulis blog, yang ni sangat penting. Seorang blogger atau penulis blog sudah tentu mempunyai tujuan untuk apa dia menulis blog. Sebagai contoh penulis minat tentang pertanian, jadi tujuannya menulis blog adalah untuk berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang pertanian. Dengan adanya tujuan kita akan lebih konsisten untuk menulis dan menguruskan segala hal dalam blog. Bagi saya, untuk blogger baru bolehlah menggunakan platform Blogger.com kerana mudah untuk digunakan. Konten atau isi kandungan biarlah original, bermanfaat dan dicari oleh pembaca.

Panduan Untuk Blogger Baru Supaya Menjadi Blogger Yang Mantap

Dah Ada Blog!! Dah Menulis!! Kembangkan

Dah ada blog!! Dah menulis beberapa entri!! Apa lagi kembangkan. Setiap blogger memang mengimpikan pengunjung dan pembaca blog yang banyak. Tapi bagaimana?

Blogwalking iaitu dengan berkunjung ke blog orang lain dan meninggalkan komen serta pendapat yang baik-baik. Cara ini memang dah sinonim bagi para penulis blog. Melalui blogwalking kita akan mendapat banyak manfaat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama blogger.

Media sosial seperti google plus, twitter, facebook dan lain-lain juga adalah penyumbangkan kepada pengunjung yang ramai. Gunakan medium media sosial sebagai tempat untuk mempromosikan blog anda. Kebanyakkan orang menghabiskan masa lapang di media sosial dan berkemungkinan peratusan untuk meningkatkan pengunjung blog anda adalah tinggi.

SEO atau Search Engine Optimazition juga adalah penting. Bermulalah perjalanan anda sebagai penulis blog dan mulai mengenal apa itu SEO. SEO adalah apa yang anda buat pada blog anda supaya blog anda tersenarai di carian search engine seperti Google, Yahoo dan lain-lain. Blog yang memiliki ranking terbaik di search engine tentunya akan berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak pengunjung.

Manfaat Menjadi Penulis Blog

Banyak manfaat yang kita dapat dengan menjadi penulis blog, bukan saja pada diri sendiri tetapi juga pada orang ramai. Dengan menulis blog kita dapat membantu orang ramai dengan memberi pengetahuan dan ilmu apa yang kita miliki. Jadi ia memudahkan orang ramai mencari apa yang mereka inginkan.

Serius saya cakap, selama ni saya tak pandai sangat mengarang atau menulis ayat-ayat yang menarik perhatian orang, Alhamdulillah semenjak menjadi seorang blogger saya sedikit demi sedikit dapat memperbaiki cara penulisan saya, tapi tak lah bagus sangat. Saya percaya dengan berblog lama kelamaan kita mampu menjadi seorang penulis yang hebat.

Kesimpulannya disini, apa yang paling penting adalah konsisten. Belajar buat blog ni bukanlah suatu yang susah jika ada minat dan kemahuan yang mendalam. Mudah-mudahan apa yang saya sampaikan tentang panduan untuk blogger baru supaya menjadi blogger yang mantap akan memberi manfaat kepada rakan-rakan semua, terutama sekali pada yang baru nak mula berblog.

Sekian, terima kasih.

5 Responses to "Panduan Untuk Blogger Baru Supaya Menjadi Blogger Yang Mantap"