4 Tanda-Tanda Lelaki Merajuk

Sebelum menulis tentang 4 Tanda-Tanda Lelaki Merajuk, saya ketawa sendirian bukan apa "merajuk" ni selalunya dikaitkan dengan wanita, tapi kali ni melibatkan golongan lelaki pula. Hahaha malu kat orang.

4 Tanda-tanda Lelaki Merajuk

Pantang tegur sedikit "merajuk".
Pantang nasihat sedikit "merajuk'.
Pantang komen sedikit "merajuk".

Hahaha, lelaki sama seperti wanita juga memiliki hati dan perasaan tapi merajuknya tak la berpanjangan. Kedua-duanya sama saja merajuk dan mahukan lebih perhatian.


Berikut Adalah 4 Tanda-tanda Lelaki Merajuk

Buat Tidak Tahu & Membisu

  • Sebelum ni dia peramah dan rajin membantu apa sahaja, akan tetapi kali ni dia buat tidak tahu dan berdiam diri je. Kalau anda minta tolong apa-apa pun dia buat don't know je, acuh tak acuh je, dan diamkan diri. Hah, pandai-pandailah anda pujuk.

Muka Masam & Marah

  • Yang ni bahaya, kalau muka masam tu tandanya dia tidak senang dengan sikap anda yang mungkin telah menegur sesuatu terhadapnya. Biasa la tu lelaki ada egonya tersendiri, kalau pandangan anda dia ada buat silap tapi lelaki akan beranggapan dia buat semua itu betul baginya. Jangan dok pi tegur pelik-pelik dan kasar-kasar.

Keluar Rumah

  • Jenis ni kira yang paling popular. Selalunya lelaki kalau merajuk dia akan keluar rumah secara diam-diam tanpa beritahu kemana dia pergi, lebih teruk lagi dia tutup telefon. Dia pergi tenangkan fikiran la tu.

Tidak Menelefon

  • Kes ni juga kerap berlaku, tidak menelefon dan menutup telefon. Dia mahu membuatkan anda risau dan tercari-carinya. Nak dapatkan perhatian la tu, tapi jangan risau dia pergi lepak-lepak je.


Cara-cara Memujuk Lelaki

Berikan Kegembiraan

  • Gembira itu bahagia. Jika wanita mahu dipujuk, lelaki pun begitu juga. Buatlah sesuatu untuk menggembirakannya.

Berikan Masa Untuk Bersendirian

  • Perkara biasa kalau bercinta atau berumahtangga memang ada perselisihan faham. Berikan sedikit masa pada dirinya dan pujuk secara perlahan-lahan. Percayalah lelaki kalau merajuk tak lama macam wanita merajuk.

Kesimpulannya, anda lebih tahu menilai pasangan masing-masing dan buatlah yang terbaik demi menjaga hubungan supaya lebih bahagia serta tiada sebarang masalah yang berlaku. Semoga bermanfaat pada semua, terima kasih.

0 Response to "4 Tanda-Tanda Lelaki Merajuk"

Post a comment