10 Kelebihan Menggunakan Epsom Salt Pada Tanaman

Assalamua'laikum. Hai semua, ada yang minat berkebun ke atau minat dengan pokok-pokok hiasan? Bagi yang dah biasa tu mesti pernah dengar dan menggunakan Epsom Salt ni. Banyak juga la kelebihan menggunakan Epsom Salt ni dalam tanaman, ia membantu meningkatkan keupayaan tanah untuk menyerap baja dan membantu tanaman anda supaya lebih subur.

10 Kelebihan Menggunakan Epsom Salt Pada Tanaman

Ok sebelum tu kita kenal dulu apa itu Epsom Slat atau garam Epsom juga dikenali sebagai garam Inggeris. Epsom Salt terdiri daripada dua mineral alami iaitu magnesium dan sulfat. Dalam tanaman ianya berfungsi sebagai booster atau supplement. Selamat digunakan, ia rahsia pokok subur dan mengatasi pelbagai masalah tanaman.

Epsom salt mempunyai pH neutral dan kristalnya larut apabila disiram.
Boleh digunakan pelbagai cara seperti kaedah siraman, tabur di sekeliling pokok, digaul dengan tanah ketika menyemai, dicampur dengan baja AB untuk kaedah hidroponik atau sebagai foliar (baja semburan).

Manfaat Magnesium

  • penting pada awal tanaman untuk pencambahan biji benih
  • membantu tanaman berbuah lebat dan berbunga cantik
  • membantu pembentukan klorofil dalam proses fotosintesis

Manfaat Sulfat

  • sulfat bekerjasama dengan magnesium sebagai vitamin untuk kesuburan tanaman
  • membuat daun menjadi lebih segar dan kehijauan
  • meningkatkan hasil tanaman




10 Kelebihan Menggunakan Epsom Salt Pada Tanaman

1. Meningkatkan peratusan percambahan biji benih

● magnesium membantu menguatkan biji benih sejak dari awal percambahan iaitu dengan menguatkan dinding sel biji benih.
Untuk hasil yang baik, guna 1 cawan epsom salt utk 100 kaki persegi tanah, atau gaul 1 sudu makan epsom salt pada tanah/peat moss sebelum menyemai biji benih.

2. Meningkatkan kadar penyerapan nutrien yg diperlukan oleh akar pokok (nitrogen, fosforus dan sulfur)

●Campurkan epsom salt pada tanah untuk memperbaiki penyerapan secara semulajadi.
Anggaran 1 sudu makan epsom salt utk keluasan 1 kaki persegi.

3. Mengatasi masalah pokok terkejut ketika dialih dari bekas kecil ke bekas lebih besar.

● Tabur/siram epsom salt di sekeliling pokok sebaik saja ia dapat rumah baru bagi membantu mengatasi masalah pokok terkejut dan kecederaan akar ketika dialihkan. Letakkan pokok yang dialihkan di tempat redup atau yg mendapat sinaran matahari pagi selama seminggu sebelum didedahkan secara langsung kepada sinaran matahari.

4. Menambahkan kehijauan tanaman.

Tanaman yang kekurangan magnesium boleh dikenalpasti apabila daunnya kekuningan.
Ini kerana magnesium adalah komponen penting dalam penghasilan klorofil.
● Tabur/siram 1 sudu makan epsom salt sebulan sekali di sekeliling pokok.
● atau bancuh 1 sudu makan epsom salt dengan 4 liter air. Sembur pada tanaman.

5. Mencegah daun kerinting

Daun kerinting mungkin disebabkan kekurangan magnesium. Biasa berlaku pada tanaman cili dan tomato.
●2 sudu makan epsom salt campur dengan 4 liter air siram pada pokok/daun.

6. Mengatasi masalah siput dan lintah bulan yang suka memakan daun dan anak benih.
Jika dicampurkan ke dalam set hidroponik, menggalakkan kesuburan tanaman selain mencegah pembiakan jentik-jentik.

7. Mengatasi masalah bunga atau buah gugur.

 Melebatkan bunga dan buah, menjadikan buah lebih manis.
● Tabur pada pokok buah dan sayuran berbuah.

8. Rasa tomato lebih lazat dan manis

● 2 sudu makan epsom salt dibancuh dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali

9. Meningkatkan hasil cili (berbuah lebat).

●Tabur 1 sudu makan epsom salt utk 1 kaki persegi 2 minggu sekali

10. Pokok ros menjadi lebih cantik

Membantu menjadikan saiz bunga lebih besar dan berbunga lebat, menguatkan rintangan pada penyakit dan serangan perosak tanaman.
● 1 sudu makan utk 1 kaki persegi tanah. Boleh ditabur di sekeliling pokok.
● Juga disembur iaitu 1 sudu makan epsom salt dibancuh dgn 4 liter air. Sembur pada daun dan pucuk.

Ia bukanlah garam yang sama terdapat di farmasi atau pusat jualan kecantikan kerana epsom salt ini diformulakan untuk pelbagai tanaman bagi pertumbuhan maksimum. Semoga bermanfaat pada anda semua.

Sumber rujukan dari facebook NorAinon Othman (Tangan Hijau)
Yang ingin membeli biji benih-benih pelbagai pokok bunga dan sayur, boleh hubungi beliau.

2 Responses to "10 Kelebihan Menggunakan Epsom Salt Pada Tanaman"

  1. Selamat pagi bagaimana caranya penggunaan Epsom salt bersama baja AB. Adakah saya perlu mencampurkan Epsom salt dalam air baja AB tersebut. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye boleh campur atau tabur sekeliling pokok.

      Delete