Penyokong Bolasepak Kedah Bersuara Isu Penajaan D'Herbs Holding

Penyokong Bolasepak Kedah Bersuara Isu Penajaan D'Herbs Holding yang membelenggu Persatuan Bola Sepak Kedah KFA sekarang ini. Apa dah jadi? Ini disebabkan tindakan KFA dan kerajaan Negeri Kedah menolak tajaan sebanyak 30 juta dari pemilik D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, Terlajak Laris..!!!


Kemelut isu penajaan ini menimbulkan rasa kurang senang dan kurang berpuas hati dari para penyokong setia bola sepak Kedah. Mereka meluahkan apa yang mereka rasa dan apa yang mereka nampak tentang semangat dan kesungguhan D'Herbs Holding untuk menaja bola sepak Kedah. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah :


Kenyataan tentang penolakan penajaan ini mendapat sambutan hangat dari para penyokong Kedah di halaman rasmi facebook KFA yang mendesak Presiden KFA supaya berundur dengan hashtag #UndurPresidenKFABashah. Ini pula penjelasan dari Presiden KFA, YAB Dato' Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengenai isu tajaan D'herbs dan komen para penyokong kedah.



Pengasas D'Herbs Holding, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berasa kecewa dengan dakwaan itu dan menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah sebagi satu penghinaan buat dirinya. Beliau telah membuat satu sidang akhbar bagi menjelas mengenai dakwaan tersebut.


Harap semuanya dapat diselesaikan secara baik.

0 Response to "Penyokong Bolasepak Kedah Bersuara Isu Penajaan D'Herbs Holding"

Post a comment