Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Sakit Gout Dengan Cepat

Petua Tradisional Untuk Sakit Gout. Istilah Gout berasal dari bahasa latin iaitu "gutta" yang bermakna "setitis". Dalam kebanyakkan kes penyakit gout memang menyakitkan dan hanya menjejaskan satu sendi ibu jari kaki dan bahgian buku lali kaki.

Penyakit gout ini disebabkan pengumpulan asid urik pada sendi-sendi. Peningkatan usia, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain adalah faktor aras asid urik yang tinggi.

Petua Tradisional Untuk Sakit Gout

Tanda-tanda Dan Gejala

  • mengalami demam gred rendah
  • sakit yang melampau pada sendi
  • bengkak dan kemerahan pada sendi
  • menyerang pada ibu jari kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dab tulang belakang.

Peringkat-peringkat Gout

1. Asimptomatik
Pada peringkat ini aras asid urik plasma bertambah tetapi tanpa sebarang gejala yang dapat dirasai.

2. Akut
Biasanya ia menyerang dengan tidak teruk dan cepat hilang.

3. Interkritikal
Pada tahap ini serangan kedua mungkin berlangsung beberapa bulan atau beberapa tahun dari serangan pertama.

4. Kronik
Tahap ini mempunyai serangan-serangan yang lebih kerap, iaitu membabitkan banyak sendi pada satu masa. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

Pencegahan

Daging lembu, kacang, daun bayam, dan makanan laut amat meningkatkan risiko penyakit gout, harus dielakkan. Pencegahannya ialah dengan mengamalkan diet.

Diet boleh mengurangkan aras urat plasma, diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral seperti buah-buahan segar, sayur-syuran segar, air suling, vitamin C dan sebagainya.

Petua Pertama

Bahan-bahan untuk dikisar :

1. Satu biji nanas
2. Lobak putih
3. 3 biji buah keras

Petua Tradisional Untuk Sakit Gout
Buah keras

Petua Tradisional Untuk Sakit Gout
Buah nanas

Petua Tradisional Untuk Sakit Gout
Lobak putih

Ketiga-tiga bahan tersebut dikisar dengan sedikit air sehingga lumat, kemudian tapis jusnya dan minum. Amalkannya 3 bulan sekali, InsyaAllah sakit gout boleh berkurangan dan hilang sama sekali.

Petua Kedua

Cara-cara:

1. Cari sebiji buah nona yang masak, lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit.

2. Kalau boleh balut tempat yang di tampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.

3. Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesoknya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.

Petua Ketiga

Ikut resepinya seperti di bawah:

Bahan-bahan:

1 biji timun (saiz sederhana)
2 batang saderi
1 hiris lemon
1 inci akar halia muda (ginger root)

Cara-Cara:

1. Sediakan bahan-bahan seperti di atas dan bersihkan terlebih dahulu. Pastikan saderi tiada kotoran, potong timun menjadi lebih kecil.

2. Potong lemon separuh. Buangkan kulit. Anda boleh meletakkan yang satu lagi di dalam peti sejuk.

3. Kemudian masukkan sedikit akar halia muda (ginger root)

4. Campurkan semua dan blend.

5. Sedia untuk diminum setiap hari.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat pada semua.

0 Response to "Petua Tradisional Untuk Menghilangkan Sakit Gout Dengan Cepat"

Post a comment