Kelebihan Bulan Rejab

Kelebihan Bulan Rejab. Seperti mana yang kita sedia maklum bulan Rejab adalah bulan kemuliaan, bulan Rejab juga dinamakan Bulan Allah. Kemuliaan bulan Rejab dengan Israk Mikrajnya, bulan Sya'aban dengan malam Nisfunya, bulan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai latihan sebelum mereka menghadapi bulan Ramadhan. Bulan Rejab banyak kelebihan dan manfaatnya sebagai bulan penebus dosa serta menambah ganjaran pahala.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab"

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"

Rejab bermaksud Ta'zim iaitu kebesaran, keagungan, dan kemuliaan. Oleh sebab itu Allah limpahkan rahmatnya pada hamba-hambanya yang beramal soleh pada bulan Rejab dengan berpuasa disiang hari dan beribadat pada malamnya.


Amalan yang perlu dilakukan dalam bulan Rejab :

  • Membaca Al-Quran - perbanyakkan membaca Al-Quran bagi meneguhkan jiwa dan keimanan.
  • Zikir dan beristighfar - melalui amalan ini ia dapat membersihkan hati yang lalai dan alpa.
  • Berselawat dan doa - perbanyakkan selawat dan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan
  • Solat, Puasa dan bersedekah - inilah amalan penting yang perlu diamalkan bagi mendekatkan diri dengan Allah

Kelebihan bulan Rejab :

  • Malam awal Rejab mustajab Doanya
  • Puasa sehari di bulan Rejab mendapat syurga tertinggi
  • Puasa 2 hari dilipatganda pahalanya
  • Puasa 3 hari dibuat parit yang panjang bagi menghalang kita ke neraka
  • Puasa 4 hari di bulan Rejab dihindarkan daripada bala dan penyakit serta fitnah Dajjal di hari kiamat
  • Puasa 5 hari akan aman daripada azab kubur
  • Puasa 6 hari bercahaya muka bila keluar kubur
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, akan ditutup daripada tujuh pintu neraka
  • Puasa 8 hari dibukanya lapan pintu syurga
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab apabila keluar dari kuburnya lalu mengucap kalimah Syahadah tidak akan ditolaknya ke neraka
  • Puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat
  • Puasa 16 pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga
  • Puasa 19 hari, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S dan Nabi Allah Adam A.S.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab diampun segala dosa yang lalu

Amalan pada malam bulan Rejab :

  • Berdoa memohon keampunan diri dan kedua ibu bapa
  • Berselawat dan berzikir sehingga fajar Subuh
  • Solat sunat tahajud 2,8, atau 12 rakaat
  • Solat sunat Taubat
  • Solat sunat Witir
  • Solat sunat Tasbih

Berkata Saidina Ali:
Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3 ribu tahun
Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10 ribu tahun
Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100 ribu tahun

MasyaAllah banyaknya kelebihan dan manfaatnya pada bulan Rejab ni. Puasa pada 27 Rejab seperti 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan bersedekah seperti puasa seribu tahun kerana itulah hari kebesaran Israk dan Mikraj. Pada malam 27 Rejab juga beramallah bersungguh-sungguh kerana banyak ganjaran pahalanya.

Demikianlah kelebihan bulan Rejab, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadaNya. InsyaAllah.
(Hanya Allah Yang Mengetahui Apa Yang Benar)

0 Response to "Kelebihan Bulan Rejab"

Post a Comment