Tips Kuruskan Badan Secara Semulajadi

Anda gemuk atau boroi, berat badan anda berlebihan dan berlemak! saya kongsikan kepada anda sedikit tip atau petua untuk anda kuruskan badan anda secara semulajadi tanpa memerlukan kos yang tinggi. Jeng jeng jeng cuba jangan tak cuba ye.


1. Limau Nipis
Ambil 1 biji limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh suam yang pekat tanpa gula. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Daun Delima
Ambil dua lembar daun delima muda, cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

3. Nenas
Sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan bersihkan. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Minum dua kali sehari.

4. Halia
Caranya, rebus 5 inci halia yang sudah dibuang kulitnya dengan 3 gelas air, sehingga menjadi kurang dari segelas dan minum ketika masih suam. Amalkan setiap hari selepas makan.

5. Lobak Merah
Ambil dua atau tiga batang lobak merah, bersihkan, parut dan perahkan jusnya. Minum dua kali sehari.

6. Asam Jawa
Ambil setengah cawan asam jawa dan campurkan dengan 1 gelas air suam. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai dari bijinya. Tapis dan minum setiap hari selepas makan.

7. Pati Oren
Minum pati oren berkualiti tinggi di pasaran (jangan tambah gula) dan minum 1 gelas di sebelah pagi dan malam. Amalkan juga makan buah oren segar sebanyak 2 biji selepas sarapan dan makan malam.

Semoga bermanfaat kepada semua.
Anda boleh mengamalkan salah satu dari cara di atas. Selamat Mencuba.

0 Response to "Tips Kuruskan Badan Secara Semulajadi"

Post a Comment