Pengertian Hari Raya Aidilfitri

Assalammuaalaikum dan salam sejahtera.
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa, akan tetapi kita perlu memahami apa maksud atau pengertian Hari Raya Aidilfitri tersebut. Ramai diantara kita seakan-akan terlupa dan tidak mengambil berat terhadap pengertian ini.

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 syawal tahun Hijrah, perayaan ini juga di kenali sebagai Hari Raya Fitrah, Hari Raya Puasa dan Hari Lebaran. Ia merupakan perayaaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak mengira bangsa yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan di mana semua umat Islam di dunia menjalani ibadah puasa.


Hari Raya Aidilfitri bermula dengan dua cara iaitu rukyah ataupun hisab. Jika melalui rukyah, apabila kelihatan anak bulan ia menandakan bermulanya bulan Syawal iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah Islam. Apabila Hari Raya ditentukan, semua umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Ia juga merupakan berakhirnya tempoh membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup.

Malam Lailatulqadar atau malam tujuh likur ialah detik atau peluang keemasan untuk seseorang muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Pada Hari Raya Aidilfitri amalan seperti berziarah ke rumah sanak saudara dan mengunjungi kubur sangat digalakkan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

Terima kasih, semoga bermanfaat.
Promo : EXCLUSIVE RAYA

0 Response to "Pengertian Hari Raya Aidilfitri"

Post a Comment