Ayat Ayat Power

Pelbagai ayat direka oleh kebanyakkan orang, kadang-kadang ayat seseorang orang itu lahir dari hati dan perasaan. Di dalam ayat tersebut menunjukkan seseorang itu dalam keadaan di lamun cinta, kerinduan, perasaan marah, pelbagai masalah, tekanan dalam kehidupan dan lain-lain. Secara tidak sedar golongan ini mencipta beberapa ayat ayat power yang agak kreatif dan seni serta sedikit lawak.

Terdapat banyak ayat ayat power yang sering kita lihat di laman seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Ia seperti medan atau tempat untuk seseorang meluahkan perasaan dan pendapat. Ini sebahagian yang saya lihat di laman sosial.

Ayat Ayat Power

Aku takut untuk rapat dengan seseorang,
Aku takut datang perasaan sayang,
Kemudian dikecewakan.

Paling bangang,
bila dia tak handsome tapi curang.

Carilah lelaki yang boleh mengajar kamu menutup aurat
bukan lelaki yang sana sini mengorat.

Sejak mengamalkan sikap 'PERGI MAMPOS' nie,
indeks kebahagian saya meningkat 210%

Dear future wife,
Kalau awak tidak pandai masak, it's okay,
Kita boleh belajar masak sama-sama.




Kalau kita ada jodoh,
Awak salamlah dengan ayah saya,
Kalau kita tak ada jodoh,
Awak salam je lah suami saya sambil ucap Tahniah.
hahahaha

Orang bercinta, bangun pagi dapat wish 'Morning Sayang",
Aku bangun pagi pastu tidur balik, ok bye.

Dalam perhubungan akan ada perempuan lagi cantik dari girlfriend kau,
Lelaki lagi baik dari boyfriend kau, dari situ keikhlasan kau diuji.

Biarpun solatmu beribu-ribu rakaat,
Sedekahmu berjuta-juta ringgit,
Hajimu berkali-kali,
Tapi saat kau lukakan hati Ibumu,
Syurga bukan milikmu.

"Hati dia sakit sebenarnya, tapi dia pendam dalam dalam dan tetap senyum"
Siapa dia?
Perempuan.

Jika anda ingin melihat masa lalu,
Lihatlah keadaan sekarang,
Jika anda ingin melihat masa depan,
Maka lihatlah apa yang anda lakukan sekarang.

Dalam hidup kita memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH atau DIPILIH, jika kita MEMILIH maka pilihlah yang terbaik buat diri kita, dan jika kita DIPILIH, maka jadilah yang terbaik buatnya.

Baca juga Ayat Power Pickup Line

Nak kata power sangat tu tak la, sekurang-kurangnya memberi kesan yang mendalam pada kita semua.
Ok, sekian.

0 Response to "Ayat Ayat Power"

Post a Comment