Kelebihan Malam Lailatul Qadar

MALAM LAILATUL QADAR kelebihan dan tanda-tandanya yang perlu kita tahu.
Marilah kita sama-sama merebutnya. Lailatul Qadar atau merupakan salah satu malam penting yang terjadi di sebuah malam pada bulan Ramadhan.

Dalam Al Quran dijelaskan mengenai makna serta keistimewaan dari Malam Lailatul Qadar iaitu suatu malam dimana malam ini adalah merupakan malam yang memiliki keutamaan dan keistimewaan yang luar biasa, iaitu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan atau juga dikatakan sebagai malam yang penuh kemuliaan.

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

1. waktu diturunkan Al-quran
2. malam lebih baik daripada seribu malam
3. malam penuh keberkatan
4. dosa diampunkan
5. turunnya Jibril dan Para Malaikat


Tanda Malam Lailatul Qadar

1. Pada salah satu 10 malam terakhir bulan Ramadhan
2. Pada tarikh genap atau ganjil bulan Ramadhan
3. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
4. Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap
5. Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah
6. Tiada kedengaran suara salakan anjing
7. Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka
8. Malaikat Jibrilakan menyelami orang yang beribadat pada waktu itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu malam itu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

1. Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam 'Lailatul Qadar' seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
2. Menghidupkan malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
3. Solat tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
4. Bermula 12 malam, solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat.

Yakinlah jika seorang itu bersedia setiap malam Ramadhan dengan beribadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu maghrib, isyak dan subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat atau keberkatan malam Lailatul Qadar.
Sekian..
Baca juga pautan ini Hari Raya Aidilfitri


0 Response to "Kelebihan Malam Lailatul Qadar"

Post a Comment